AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilihat mengakui kewujudan UMNO
terus relevan apabila menyifatkan parti itu sebagai ‘king maker‘.
UMNO disifatkan sebagai ‘king maker’ kerana apa sahaja dasar yang
diputusnya sekarang terutama berkaitan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN)
akan mempengaruhi kerajaan.
Justeru, segala mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dikatakan sebagai
mendebarkan rakyat kerana parti itu merupakan penyokong terbesar kerajaan.
Ini termasuklah nasib dan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
terutama menjelang sidang Dewan Rakyat pada 2 November ini.
“UMNO kembali releven, menjadi ‘king maker’. Rakyat Malaysia terpaksa
menunggu secara berdebar-debar mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) UMNO yang akan
memutuskan siapa UMNO akan jadikan PM.
“Dan syarat-syarat yang UMNO akan tetapkan untuk mendapat ‘yang terbaik’ bagi
UMNO. Sebelum ini UMNO hampir pupus.”
Demikian kata Khalid menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini yang melihat
kedudukan UMNO kini penting dalam memastikan kekukuhan kerajaan PN.
Dalam pada itu, beliau juga kini tidak melihat UMNO sebagai parti yang
menyebabkan peralihan kuasa berlaku pada Februari lalu.
Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu, Muhyiddin dan
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali sebagai pengkhianat yang menyebabkan UMNO berkuasa.
“Kehendak dan pilihan rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akhirnya
dibakul-sampahkan dan politik Malaysia menjadi mainan 222 orang MP (Ahli
Parlimen) yang dicaturkan mengikut kehendak pemimpin mereka.
“Inilah politik legasi pengkhianat iaitu MY (Muhyiddin Yassin) dan AA (Mohamed
Azmin). Dua orang ini telah kembalikan kuasa geng kleptokrat,” katanya.
UMNO dahulu pernah menyatakan pendirian tetap menyokong Tun Dr. Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum beliau meletakkan jawatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno pertimbang tarik diri dari sokong PN
- Masa Umno nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat – Pas
- PAS tuntut penjelasan Umno timbang tarik diri daripada PN
- Najib sokong Umno timbang tarik diri dari sokong PN, ini sebabnya..
- Tak salah Umno, PPBM, PAS kembali berbincang, kata Annuar
- DAP terkejut PH ajak UMNO bekerjasama
- Pendakwaan selektif, agihan jawatan tanpa berunding antara punca Umno marah – Nazri
- Annuar dilihat hadir ke rumah Muhyiddin
- Akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN runtuh, gesa akur tuntutan Umno
- Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama
- Azmin, Hamzah gila kuasa – Puad Zarkashi
Join our Telegram Channel