DALAM tulisan beliau bertajuk ‘Apakah hari-hari Muhyiddin akan berakhir?’
(‘Muhyiddin days numbered?’), Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang,
Dr P Ramasamy, menulis begini:
“Anwar telah tidak diberikan peluang saksama untuk membuktikan majoriti ini di
hadapan Yang di-Pertuan Agong…”
(“Anwar has not been given the fair opportunity to prove this majority
before the Yang di-Pertuan Agong…”)
Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah memberikan peluang seluas-luasnya untuk
Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini sewaktu majlis mengadap beliau pada
13 Oktober lalu?
Bukankah, mengikut Istana Negara, Datuk Seri Anwar sendiri yang memilih untuk
hanya mengemukakan jumlah tetapi tidak senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang
menyokong beliau?
Bukankah, mengikut pelbagai tulisan yang disebar oleh para penyokong beliau,
Datuk Seri Anwar sengaja tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Parlimen
tersebut sebagai satu strategi?
Mengapa pula DAP kini kelihatan mula menyalahkan Yang di-Pertuan Agong kerana
kononnya telah tidak memberikan peluang saksama untuk Datuk Seri Anwar
membuktikan majoriti ini?
Tulisan Dr P Ramasamy boleh dibaca di
sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Anwar mengadap Agong 11 pagi, kata sumber
- Anwar tiba di Istana Negara
- Selesai mengadap Agong, Anwar no comment
- Ku Li dijangka hadap Agong 2 petang, kata sumber
- Mesyuarat tergempar biro politik Umno malam ini
- [Video] Sidang media khas Anwar Ibrahim selepas mengadap Agong
- Anwar serah SD 120 MP pada Agong, kerajaan Muhyiddin tumbang
- KANTOI: Agong dedah Anwar mengadap tapi tak bawa senarai nama MP yang sokong
Join our Telegram Channel