ANGGOTA Kabinet Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan
Hamzah Zainuddin didakwa sebagai orang ‘gila kuasa’ yang sebenar.
Dakwaan sedemikian muncul susulan terdapat mengatakan Mohamed Azmin memainkan
peranan mengarah ‘cyber troopers’ PN menggunakan naratif ‘UMNO gila kuasa’.
Malah, beliau juga didakwa meminta memainkan isu UMNO mahu Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Perkara berkenaan dikatakan punca kenapa UMNO dituduh sebagai gila kuasa
apabila bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sabah.
Malah, berita mengenai surat sokongan kononnya ditandatangani Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak juga dikatakan berpunca daripada tindakan Ahli Parlimen Gombak itu.
“Pengatur politik macam Azmin Ali (Mohamed) dan Hamzah Zainuddin sudah tentu
memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO.
“Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin (Mohamed) katanya arah cyber troopers PN
guna neratif ‘UMNO gila kuasa’ dan ‘UMNO mahu Anwar jadi PM (Perdana
Menteri)’.
“Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat
memaklumkan Yang di-Pertuan Agong bahawa UMNO menyokong Anwar.”
“UMNO menang tujuh PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB (penyandang)
yang meninggal dunia.
“Sebagai parti politik sudah tentu UMNO kena letak calon. Apakah itu gila
kuasa?”
Demikian soal Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam
satu kenyataannya baru-baru ini susulan mendakwa terdapat cubaan menggagalkan
keputusan Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan antara
resolusi parti tersebut adalah memastikan Muafakat Nasional (MN) didaftarkan
sebagai sebuah parti.
Justeru, jika koalisi antara UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) berdaftar sebagai sebuah parti, kedudukan Bersatu sebagai pemimpin
kerajaan akan terjejas.
Jadi, keadaan itu juga akan menjejaskan kedudukan Mohamed Azmin dan Hamzah
yang merupakan Ahli Parlimen Larut.
Oleh demikian, Mohd. Puad menjelaskan hakikat sebenar yang gila kuasa adalah
Mohamed Azmin yang memegang jawatan Menteri Kanan paling kanan dan Hamzah yang
merupakan Menteri Dalam Negeri.
“Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh
parti yang melahirkannya.
“Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili.
“Tetapi politiking gila kuasa dalam PPBM menyebabkan berlaku pertukaran
jawatan Perdana Menteri dalam tempoh seminggu antara Mahathir (Tun Dr.) dengan
Muhyiddin (Tan Sri).
“UMNO mengambil pendirian menyokong kedua duanya supaya pentadbiran kerajaan
terus berfungsi dan kebajikan rakyat tidak terabai. Apakah itu gila kuasa?”
dakwanya.
Selain itu Mohd. Puad turut mendakwa cubaan Hamzah mengagalkan usaha UMNO
ketika PRN Sabah juga tidak berjaya apabila UMNO kekal sebagai pemegang kerusi
Dewan Undanga Negeri (DUN) terbanyak.
Tambahnya, Hamzah dan PN dikatakan cuba menikam UMNO dari belakang dan hal
berkenaan didakwa benar-benar berlaku.
“Malangnya di PRN Sabah UMNO ditikam dari belakang. Ia bukan cobaan. Ia adalah
betul betul.
“Alhamdulillah Hamzah Zainuddin gagal menimbus UMNO di Sabah.
“Itulah pencetus kepada keputusan Biro Politik UMNO. Salahkah UMNO menuntut
supaya PN diurus atas konsensus parti politik bukan lagi individual MP (Ahli
Parlimen)?
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno pertimbang tarik diri dari sokong PN
- Masa Umno nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat – Pas
- PAS tuntut penjelasan Umno timbang tarik diri daripada PN
- Najib sokong Umno timbang tarik diri dari sokong PN, ini sebabnya..
- Tak salah Umno, PPBM, PAS kembali berbincang, kata Annuar
- DAP terkejut PH ajak UMNO bekerjasama
- Pendakwaan selektif, agihan jawatan tanpa berunding antara punca Umno marah – Nazri
- Annuar dilihat hadir ke rumah Muhyiddin
- Akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN runtuh, gesa akur tuntutan Umno
- Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama
Join our Telegram Channel