![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzZY1_cC-vAIsltIayJk4o_zhIA-nuKsTdvkZrbHZma1fThR9kZnYJ07VwJ5nh0oNc5RFLpX9ZEpGpo0tGWXCSrZ97zDNLxfGlbRKZiGbR0EKKSWv6Ui1vQtGzNPfGD-B5UrdGFYiSC39_/w640-h334/drm-prn-sabah-nyanyuk.webp)
Kuala Lumpur – Ahli parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas para pengguna media sosial kerana di dakwa memberikan fakta yang mengelirukan berhubung pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Dr Mahathir tindakan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengadakan PRN telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut
“Untuk elak ini berlaku, kerajaan Warisan terpaksa dibubarkan untuk mengadakan PRN.
“Sepatutnya PRN Sabah tidak diadakan. Sabah sudah ada PRN pada 2018. Warisan menang dan tubuh kerajaan,” tulisnya di Facebook hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, PRN itu berkos tinggi dan menyebabkan penularan Covid-19 dari Sabah ke Semenanjung.
“Dari negeri yang selamat, Sabah jadi kluster. Beribu akan jadi mangsa, maut pun ada.” tulisnya lagi.
Tindakan tersebut kemudiannya menerima ribuan kecaman daripada netizen yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai ‘nyanyuk’ kerana cuba menutup fakta sebenar.
Menurut mereka, parti Warisan Sabah (Warisan) sebenarnya telah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu namun membentuk ‘kerajaan pintu belakang’ setelah UPKO melompat untuk menyokong parti itu.
Menurut mereka lagi, namun setelah mentadbir kerajaan negeri selama hampir 26 bulan, kerajaan Warisan akhirnya tumbang apabila bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman berjaya memperolehi majoriti mudah.
Enggan menerima keputusan tersebut, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku ketua menteri pada ketika itu kemudiannya memohon perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Rentetan dari itu, pentadbiran kerajaan negeri kemudiannya bertukar kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) setelah Warisan gagal memperolehi majoriti mudah.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shafie umum bubar DUN Sabah
- Musa, 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah
- Muhyiddin: PRU segera jika kita menang di Sabah
- Zahid mohon maaf, Shafie Apdal lari keluar negara dengan jet peribadi selepas peningkatan kes Covid-19 akibat PRN Sabah
- Covid-19: PH yang beriya bubar DUN Sabah, bukan salah BN, PN – Najib
- Pemuda PAS dangkal, bodoh sombong tuduh Shafie sebab penularan Covid-19, kata Warisan
- Najib: 5 negeri tukar kerajaan tak PRN, kenapa Shafie nak PRN sampai tular Covid-19?
- Dr M: Jangan mungkir janji buat PRU, biar lebih ramai mati
- DUN Sabah bubar sebab Shafie sanggup mati, Najib jawab Dr M
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel