LEWAT malam tadi tersebar cerita kabinet baharu akan diumumkan oleh Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 3 petang ini.
Senarai menteri kabinet yang baharu turut diedarkan kepada media yang antara
lainnya ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim
Tuan Man sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Zahid juga sebagai Menteri Dalam Negeri menggantikan Datuk Seri Hamzah
Zainuddin yang bertukar ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohamad Hasan (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kewangan II : Datuk Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri : Datuk
Abd Rahim Bakeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Khairuddin
Aman Razali Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Nazlan Idris
Bagaimanapun sumber memberitahu senarai itu adalah palsu.
Bila diteliti memang tidak benar kerana terdapat satu nama untuk dua jawatan
timbalan menteri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mustapha Mohamad
Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) YB Dato’ Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman.
SENARAI PENUH:
EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020 PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET
BAHARU KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL TEKS UCAPAN PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET
BAHARU KERAJAAN 22 OKTOBER 2020
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera. Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian,
1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat dan Salam ke atas
Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman.
2. Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang minggu
yang lalu saya telah berpeluang untuk berbincang dengan rakanrakan pimpinan
daripada parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS untuk
membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada semua pemimpin parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan
kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah Menteri baharu yang
akan saya umumkan pada hari ini. CITRA BAHARU KABINET, DARI RAKYAT UNTUK
RAKYAT.
3. Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi global masa kini
berada dalam situasi tidak menentu. Perang perdagangan dan percaturan politik
melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga
terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya turut dirasai
oleh negara kita. EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020
4. Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari
amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian
terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah
menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah
kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita
ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
5. Justeru, pembentukan cabinet ini akan memberi tumpuan kepada penyampaian
perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan
berintegriti dengan struktur yang lebih mantap rakyat di Malaysia mengharungi
saat-saat getir fasa pemulihan pandemik ini.
6. Barisan kabinet yang dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman
dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidangbidang tertentu.
7. Saya juga akan memastikan kabinet ini sebagai sebuah kabinet yang berfungsi
(functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih
berfokus.
8. Saya berserah kepada Allah atas ijtihad saya, maka dengan sukacitanya
diumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri seperti berikut :
Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri YAB
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi YAB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man
Menteri Kewangan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan (akan dilantik sebagai
senator) Menteri Kewangan II : YB Dato’ Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri :
YB Datuk Abd Rahim Bakeri
EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mustapha Mohamad
Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman
Menteri Pertahanan YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri : YB
Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof Timbalan Menteri : YB
Dato’ Sri Hasan Arifin
Menteri Pendidikan YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri : YB Datuk
Mohamad Alamin
Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Ir Dr. Wee Ka Siong Timbalan Menteri : YB
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin
Menteri Alam Sekitar Dan Air YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan
Menteri : YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Menteri Sumber Manusia YB Datuk Seri M. Saravanan Timbalan Menteri : YB Ahmad
Marzuk Shaary
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd
Harun Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020
Menteri Pengajian Tinggi YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad Timbalan Menteri : YB Dr.
Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pertanian dan Industri Makanan YB Datuk Ahmad Jazlan Yaakub Timbalan
Menteri : YB Dato’ Rosol Wahid
Menteri Dalam Negeri YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri :
YB Tuan Ahmad Fadhli Shaari
Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tan Sri Noh Haji Omar Timbalan Menteri :
YB Tuan Haji Ahmad Hassan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Timbalan
Menteri : YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Timbalan
Menteri : YB Tuan Arthur Joseph Kurup
Menteri Wilayah Persekutuan YB Hajah Zuraida Kamaruddin Timbalan Menteri : YB
Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Belia dan Sukan YB Mohd Shahar bin Abdullah Timbalan Menteri : YB
Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020
Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan
Menteri : YB Dato’ Jalaluddin Alias
Menteri Luar Negeri YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri :
YB Jonathan Yassin
Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Hj Ahmad Timbalan Menteri :
YB Willie anak Mongin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Dato’ Seri Tiong King Sing Timbalan
Menteri : YB Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Kesihatan YB Dato’ Sri Dr Adham Baba Timbalan Menteri : YB Senator Mah
Hang Soon
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Dato’ Seri Hamzah
Zainudin Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Timbalan
Menteri : YB Haji Awang Hashim
EMBARGO SEHINGGA 3 PETANG 22 OKTOBER 2020
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato Sri Hajah Rohani Abdul
Karim Timbalan Menteri : YB Datuk Zakaria Mohd Edris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perhubungan Antarabangsa) YB Dato’ Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Seri Ahmad Maslan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) YB Dato’ Sri
Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato’ Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali Timbalan Menteri : YB Dato’ Ahmad Nazlan Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) YB Dato’ Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri : YB Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) YB Seri
Panglima Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri : YB Datuk Wilson Ugak anak
Kumbong
Melihat kepada senarai palsu ini ia lebih kepada usaha untuk menimbulkan
pergeseran di dalam kerajaan PN.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno pertimbang tarik diri dari sokong PN
- Masa Umno nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat – Pas
- PAS tuntut penjelasan Umno timbang tarik diri daripada PN
- Najib sokong Umno timbang tarik diri dari sokong PN, ini sebabnya..
- Tak salah Umno, PPBM, PAS kembali berbincang, kata Annuar
- DAP terkejut PH ajak UMNO bekerjasama
- Pendakwaan selektif, agihan jawatan tanpa berunding antara punca Umno marah – Nazri
- Annuar dilihat hadir ke rumah Muhyiddin
- Akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN runtuh, gesa akur tuntutan Umno
- Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama
- Azmin, Hamzah gila kuasa – Puad Zarkashi
- Akhirnya Khalid akui UMNO ‘king maker’, Muhyiddin, Azmin pengkhianat
- Zahid umum gencatan senjata, sokong kerajaan PN
- ‘New deal’ UMNO-Bersatu akan kuatkan PN – Annuar
Join our Telegram Channel