Khabib melakukan aksi triangle choke. |
London: Khabib Nurmagomedov menukar strategi ketika menewaskan Justin Gaethje
dalam pertarungan UFC 254 kerana tidak mahu mematahkan lengan lawan dari
Amerika Syarikat itu di depan ibu bapanya.
Bintang seni bela diri campuran Rusia itu mengekalkan rekod kemenangan 100
peratus selepas mengalahkan Gaethje menerusi gerakan triangle choke,
Ahad lalu.
Menurut bekas juara UFC, Daniel Cormier, Khabib menukar gerakan armbar kepada
kuncian triangle choke kerana bimbang akan mematahkan lengan lawannya
selepas mendengar Gaethje enggan mengaku kalah dalam gerakan armbar.
“Khabib beritahu saya, dia ada menonton wawancara yang menyiarkan Justin tidak
pernah tewas secara submission atau tap, jadi dia terpaksa
menukar pelan.
“Ketika sampai di sana (Abu Dhabi), dia terus berlatih melakukan gerakan
armbar kegemaran bapanya tetapi sepanjang minggu sebelum pertarungan Justin
sentiasa bercakap dia tidak akan menyerah kalah dalam situasi begitu.
“Untuk tidak menyakiti lawan di depan ibu bapanya, maka dia terpaksa menukar
gerakan ke triangle choke.
“Dia beritahu ‘Saya tidak ingin menyakiti Justin di depan orang tuanya, jadi
saya melakukan triangle choke yang membuatkan lawan ‘tidur sebentar
dan bangun dalam keadaan baik’.
“Betapa hebatnya Khabib sempat berfikir perkara itu ketika berdepan lawan,”
kata Cormier.
Khabib mengangkat tangan menghalang penyokong dari bersorak selepas menumbangkan Gaethje mungkin untuk menjaga hati ibu bapa lawannya. |
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel