SHAH ALAM - Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah telah
menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat pada 25 September lalu.
Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh Sinar Harian, Tengku Razaleigh
mendakwa Muhyiddin telah menolak usul yang sama untuk dibahaskan sebanyak dua
kali.
"Usul tidak percaya ini amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan,
termasuk kesahihan kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan perdana menteri.
"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-ahli
Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan
ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga meminta usul tersebut
dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan
perhatian segera.
Join our Telegram Channel