Kuala Lumpur: Dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan
pengacaraan antara beberapa artis dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan
wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.
Artis lelaki dan wanita itu akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM
selepas tiada artis diminta tampil memberi keterangan secara sukarela.
Menurut sumber, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai
lebih 1 juta pengikut di laman sosial.
"SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun
mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan
sindiket ini gagal hadir memberi keterangan.
"Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu
siasatan," katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, walaupun masa dan peluang diberikan,
artis serta selebriti disyaki terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram
Macau Scam enggan tampil membantu siasatan.
Sumber berkata, walaupun sebelum ini SPRM meminta individu pernah menerima
wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau
Scam dan judi dalam talian untuk tampil, belum ada berbuat demikian.
Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta
semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang
haram supaya tampil membantu siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shuib Sepahtu dipanggil SPRM
- Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial
- Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu
- Macau Scam: Mustahil selebriti, ahli perniagaan terlibat tidak tahu – SRPM
- Netizen seru boikot francais Shuib Sepahtu terlibat Macau Scam
- Netizen mula persoal jam tangan Shuib harga ratusan ribu, gaya hidup mewah
- Bubblebee tutup empat cawangan serta merta
- Macau Scam: ‘Datuk Seri’ panjat pagar SPRM cabut lari dari polis
- Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal
- Polis buru ‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM
Join our Telegram Channel