Mungkin tidak ramai yang tahu, kira-kira 1 bulan yang lalu telah tertangkapnya
seorang “insta famous” di Dubai. Namanya adalah Ramon Olorunwa Abbas
atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi.
Dia adalah seorang rakyat yang berasal dari Nigeria.
Dengan menggunakan nama gelaran di laman sosial Instagram miliknya iaitu
Hushpuppi yang mempunyai 2.5 juta pengikut, beliau ini tampak sering berkongsi
kehidupannya yang serba mewah.
Hampir setiap hari dia berkongsi koleksi kenderaan mewah miliknya, ke
tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi, dan membeli
beberapa jam tangan berjenama mewah.
Dia juga sering membeli belah pakaian yang berjenama ribuan dollar. Pokoknya
apa sahaja keluaran terbaru terutama yang keluaran terhad dari jenama mewah
akan dibelinya. Sehinggakan dia menggelar dirinya sebagai
“Billionaire Gucci Master”.
Kerana sering berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, secara
tidak sedar dia telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya.
Dia sering memberitahu segala kemewahan yang dia ada ini datang dari hasil
perniagaannya tetapi dia tidak pernah memberitahu apa jenis perniagaannya
kepada umum.
Selama 4 bulan, pihak FBI mengekori dan memantau segala pergerakannya melalui
instagram miliknya (Hushpuppi) itu.
Akhirnya, kecekapan pihak FBI telah dapat mengetahui bahawasanya Hushpuppi
adalah seorang “scammer” dalam talian.
Abbas mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang. Modus
operandi Abbas dan pasukannya adalah menghantar e-mail palsu ke beberapa buah
pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga
Perdana Inggeris di UK.
Dengan menggunakan kepakarannya, mereka berjaya masuk ke dalam data peribadi
perbankan pasukan dan pemain tersebut. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam
memindahkan wang yang telah di scam itu ke beberapa akaun palsu mereka di
beberapa buah negara di serata dunia hanya dengan transaksi dalam talian.
Mereka berjaya memindahkan wang-wang tersebut berjuta-juta dollar setiap hari.
Setelah pihak FBI mempunyai cukup bukti, mereka dengan kerjasama Police Dubai
merancang penangkapan ke atas Abbas di tempat kediamannya di sebuah kediaman
mewah di pusat bandar Dubai.
Operasi khas itu dinamakan “Operation Fox Hunt 2”.
Abbas dan beberapa orang rakannya berjaya ditangkap pada malam ketika dia
sedang tidur.
Police Dubai juga telah membuat video khas pada malam operasi penangkapan
Abbas itu.
Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah
DOJ di New York, Amerika Syarikat atas perbuatannya.
Apa yang menarik, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika.
Bergitulah pengakhiran seorang “Insta Famous” dengan kehidupan yang serba
mewah tetapi palsu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shuib Sepahtu dipanggil SPRM
- Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial
- Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu
- Macau Scam: Mustahil selebriti, ahli perniagaan terlibat tidak tahu – SRPM
- Netizen seru boikot francais Shuib Sepahtu terlibat Macau Scam
- Netizen mula persoal jam tangan Shuib harga ratusan ribu, gaya hidup mewah
Please subscribe
Join our Telegram Channel