![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOvl8l_RBl1HOsgxhE3md7aDURtU8TVGsbrophyphenhyphen1V5wNmEkxBq5h-tIbnWWIGBp3n4Jh76BaCpild_fzepBJTZHj02-QF4AUJOA27ADYuIr_vYiJZP3zQKt5Pah9ktkL7MePuJ1Gt806EF/w640-h334/zahid-anwar-tpm.webp)
KUALA LUMPUR: Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas
terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden
UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru
ini.
Memetik portal MalaysiaNow, surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan
Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut sekali gus dilihat bercanggah dengan penafian yang dibuat
oleh UMNO sebelum ini berhubung surat yang tular di laman sosial, menafikan
sokongan telah diberikan kepada Ketua Pembangkang itu.
"Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden
UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana
Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya
mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin
Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.
"Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada
Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan
meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin," demikian memetik laporan
portal tersebut, hari ini.
Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa
dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di
kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai
Perdana Menteri yang baharu.
Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli
Majlis Tertinggi UMNO.
“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan
Najib.”
Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober,
wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat
Ahmad Zahid.
Susulan tersebut, Perdana Menteri kemudian memanggil semua menteri UMNO ke
kediamannya sebelum mendedahkan kepada mereka mengenai surat sokongan kepada
Anwar daripada Ahmad Zahid dan Najib, lapor MalaysiaNow lagi.
"Ketika itu menteri-menteri UMNO yang hadir terkejut dan mengatakan mereka
tidak pernah menyokong Anwar.
"Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi,"
kata sumber.
Selain itu, dalam pertemuan tersebut, menteri-menteri UMNO dilaporkan
membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan
tekanan daripada akar umbi parti, termasuk mengatakan UMNO tidak diberikan
kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid tuntut jadi Timbalan Perdana Menteri
Lebih mengejutkan, portal tersebut mendakwa Ahmad Zahid turut menuntut agar
sebahagian daripada pemimpin parti UMNO disingkirkan daripada Kabinet.
Malah, Ahmad Zahid didakwa turut menuntut dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin UMNO yang perlu digugurkan
daripada Kabinet.
Antara senarai menteri yang didakwa mahu digugurkan adalah Menteri Luar, Datuk
Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk
Halimah Mohamed Sadique.
Tuntutan tersebut didakwa dibuat dalam pertemuan Perdana Menteri bersama
dengan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17
Oktober.
Pertemuan tersebut pada awalnya dijadualkan bagi membincangkan tentang
Muafakat Nasional (MN).
"Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Ahmad Zahid mengenai surat
sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.
"Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada (Datuk
Seri) Hamzah Zainuddin yang kemudiannya memberikannya kepada Presiden Pas.
Abdul Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat," lapor portal tersebut.
Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri
Ahmad Maslan; Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Hamzah
selaku Setiausaha Agong Bersatu.
Tuntutan yang dibuat Ahmad Zahid itu digambarkan telah "memanaskan" lagi
pertemuan tersebut, sebelum Perdana Menteri dilaporkan bertanya apa sebetulnya
yang dimahukan oleh Presiden UMNO itu.
“Ahmad Zahid jawab Perdana Menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.
“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Ahmad Zahid
kemudian berkata, apabila UMNO menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia
adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan bukannya
Muhyiddin.
“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Ahmad Zahid tidak puas hati. Ahmad Zahid
kata dia sebagai Presiden UMNO tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana
Menteri," lapor MalaysiaNow yang memetik sumber.
Perdana Menteri kemudian memberitahu Ahmad Zahid bahawa beliau tidak
mencampuri urusan mahkamah.
"Namun sebagai rakan, Muhyiddin berkata dia mendoakan Zahid akan dibebaskan."
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
- DAP sokong Muhyiddin dengan syarat pecat Hamzah, Azmin – Liew Chin Tong
- DAP akan pertahan institusi raja, hak istimewa Melayu, Islam
- Meeting UMNO putus tetap tolak Anwar, DAP, terus sokong PN
- Sokong Anwar, mesti dijanjikan sesuatu – Tun Faisal
- Respon Najib dituduh gila kuasa kerana cadangan sokong Anwar
- Hati-hati dengan kumpulan kecil dalam Umno – Aznil
Join our Telegram Channel