Minggu lepas, syarikat FGV Berhad terima notis daripada syarikat milik Tan Sri
Syed Mokhtar untuk menjadi pemilik saham terbesar FGV.
Kaedah ini ialah dengan FGV membeli syarikat Tradewinds milik Syed Mokhtar
dengan bayaran dalam bentuk saham FGV.
Dengan ini, Syed Mokhtar akan menjadi pemilik saham terbesar FGV.
Minggu lepas, lembaga pengarah FGV telah umumkan hasrat mereka untuk
pertimbangkan tawaran Tan Sri.
"15 Okt 2020: Syarikat Syed Mokhtar Albukhary minat jadi pemegang saham utama
FGV". Rujuk di
sini.
Usaha Syed Mokhtar membeli FGV sebenarnya telah dimulakan pada zaman PM7
gagalkrasi PH.
Kata Dr Mahathir masa itu, beliau tidak melihat penjualan FGV kepada pihak
lain sebagai satu masalah jika ia boleh mendatangkan keuntungan kepada
kerajaan.
“Kalau serah (kepada pihak lain) saya bantahlah, tetapi kalau jual dapat duit
banyak kepada kerajaan, kerajaan nak cari duit.
“Apa yang boleh jual, kita jual lah, tinggal kita tidak jual Malaysia sahaja,”
tambahnya.
“Soal jualan harta tanah, harta kerajaan memang kita buat selalu. Pasal kita
ada banyak tanah dan kita sendiri tak dapat nak bangunkan.
“Dia (FGV) rugi, berjuta (ringgit). Kalau nak jual syarikat rugi, hak milik
kerajaan pun, jual lah,” kata Mahathir.
"8 Dis 2019: Kerajaan tak tolak kemungkinan jual FGV kepada Syed Mokhtar".
Rujuk di
sini.
Biarpun harga saham FGV turun dari RM4.55 semasa ianya disenaraikan pada tahun
2012 ke RM2.00 pada awal tahun 2018 setelah harga sawit dunia turun dari
kemuncaknya masa ianya disenarai tapi FGV tak pernah rugi sebelum PH menang
PRU14.
Sepanjang tempoh itu, FGV tetap untung dan tetap membayar dividen tahunan
kepada FELDA serta menanggung kos penanaman semula sebanyak RM300 juta atas
tanah FELDA yang disewa.
Tapi selepas PH ambil alih, FGV terus rugi setiap tahun sehingga ini setelah
banyak menjual asset FGV termasuk perniagaan mereka di China.
Secara am, saya tak membantah cadangan Lembaga Pengarah FGV dan kerajaan untuk
pertimbangkan tawaran Syed Mokhtar.
Cuma saya nak utarakan dua perkara:
1. Harga sawit dunia pada masa kini sudah memulih dan kini mencecah RM3,100
satu tan - iaitu sama harga dengan masa FGV disenaraikan pada tahun 2012.
Adakah masa ini paling sesuai untuk FGV dijual kepada pihak ketiga ketika
harga saham FGV masih rendah pada harga RM1.00 sahaja dan FGV kini diambang
kembali mencatat keuntungan?
2. FGV merupakan pemilik syarikat gula terbesar negara MSM manakala Tradewinds
milik Syed Mokhtar adalah pemilik syarikat gula kedua terbesar negara CSR.
Kedua-dua syarikat ini menguasai 90% pasaran gula Malaysia.
Adakah pembelian ini akan mewujudkan satu monopoli yang bakal menaikkan harga
gula dan akhirnya merugikan pengguna?
Join our Telegram Channel