KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan
mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), kata
sumber dalaman parti itu hari ini.
"Ini termasuk dalam kalangan 26 Ahli Parlimen BN yang diberikan jawatan oleh
Muhyiddin. Mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.
"Jadi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini tidak akan memihak kepada
Muhyiddin apabila ramai Ahli Parlimen BN bertegas dengan pendirian tidak mahu
menyokong Muhyiddin," kata sumber terbabit.
Hari ini berlangsung mesyuarat membabitkan Ahli-ahli Parlimen BN di Menara
Dato Onn di sini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan darurat oleh Perdana
Menteri semalam.
Antara yang dilihat hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak; veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Pasir Salak,
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Turut kelihatan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen
Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said manakala Presiden UMNO, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir lebih awal.
Untuk rekod, BN mempunyai seramai 39 Ahli Parlimen.
Dakwaan menjadi lebih kukuh apabila Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein turut membayangkan perkara sama ketika ditemui media
sejurus tiba di Bangunan Dato Onn di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, mesyuarat BN hari ini akan memberi tumpuan kepada gesaan agar
Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kegagalannya untuk
mengisytiharkan darurat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
Join our Telegram Channel