Kuala Lumpur – Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Amirudin Shari berhubung isu pencemaran dan gangguan bekalan air Selangor.
Najib melalui laman Facebook sebentar tadi menyifatkan Amirudin hanya mampu
mengunakan gambar sedang menghidu botol tanpa memberikan sebarang pendekatan
jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut.
“Mir, Mir. Bau dia macam mana? Benda tu dah jadi, dia hidu. Bawa beberapa
cameraman ambil gambar. ‘Up’ (muatnaik) dekat FB.
“Kata pencemaran. Jadi lagi? Ulang balik. Hidu botol, ambil gambar, up FB,
haaa pencemaran. Adoi. Itu je? Mir, Mir,” bidas Najib.
Masalah tersebut turut menjadi topik perbualan hangat di laman media sosial
ekoran kekerapan gangguan bekalan air di Selangor.
Ini kerana sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh
apabila sekali lagi pencemaran sungai berlaku, yang memberi kesan terhadap
lebih 1 juta akaun pengguna.
“Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan
je..” ujar Najwa Mutalib di laman Twitter.
Sehingga kini ciapan tersebut menerima hampir 24.3 ribu tanda suka, dan 24.5
rinu ulang kicau.
Awal pagi tadi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengeluarkan
arahan henti tugas di empat loji rawatan air (LRA) iaitu di LRA Sungai
Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang ekoran pencemaran di Sungai
Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel