KUALA LUMPUR – Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau
Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu
Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed
berkata, suspek sangat dikehendaki dalam jenayah perjudian online itu.
Katanya, identiti suspek dikenalpasti sebagai Goh Leong Yeong berusia 33
tahun.
“Suspek beralamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Kondominium, Batu 2 1/2, Off Jalan
Cheras, Kuala Lumpur.
“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes jenayah di bawah
Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran
judi online di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM
kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,’ katanya dalam kenyataan
yang dikeluarkan pagi ini.
Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi
Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat mengenai suspek sangat
dikehendaki itukepada pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Muhamad Faizal
Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shuib Sepahtu dipanggil SPRM
- Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial
- Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu
- Macau Scam: Mustahil selebriti, ahli perniagaan terlibat tidak tahu – SRPM
- Netizen seru boikot francais Shuib Sepahtu terlibat Macau Scam
- Netizen mula persoal jam tangan Shuib harga ratusan ribu, gaya hidup mewah
- Bubblebee tutup empat cawangan serta merta
- Macau Scam: ‘Datuk Seri’ panjat pagar SPRM cabut lari dari polis
- Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal
Join our Telegram Channel