Semalam Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu membuat satu
hantaran seolah-olah menghasut rakyat Malaysia menjatuhkan Agong dan Raja-Raja Melayu.
“Sekarang saya di Bangkok. Mereka (pendemonstasi) sedang menolak Raja..” kata
Ronnie dengan meletak tanda pagar #demo.
Tindakan Ronnie mendapat kecaman orang ramai kerana ia boleh mencetuskan
ketidaktenteraman di dalam negara.
Orang Cina di luar Tanah Besar China seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau
diisitilahkan sebagai Oversea Chinese.
Negara Thailand adalah negara yang mempunyai populasi
Oversea Chinese paling tinggi, diikuti Malaysia, USA, Indonesia dan
Singapura.
Dalam lima teratas negara populasi Oversea Chinese paling ramai, hanya
Thailand dan Malaysia mempunyai sistem monarki.
Thailand mengamalkan monarki berperlembagaan, dan Malaysia mengamalkan sistem
Raja Berpelembagaan yang lebih unik - yakni penggiliran raja-raja Melayu
sebagai YDP Agong.
Tindakan tidak bertanggungjawab Ronnie dengan membuat hantaran seolah-olah
beliau menghadiri demonstrasi menolak Raja di Thailand dapat memberi
interpretasi bahawa beliau menyokong agar Agong dan Raja-Raja Melayu di Malaysia
dijatuhkan.
Apatah lagi beliau dengan jawatan pemimpin yang ada padanya, dengan secara tidak bertanggungjawab membuat hantaran di
facebook yang boleh mendoktrin rakyat Malaysia khususnya rakyat berbangsa Cina
untuk menolak Agong dan Raja-Raja Melayu.
Ronnie bagaimanapun telah memadamkan hantaran di facebooknya setelah dikecam orang ramai. – Dr
Tanaka / Cinca
Join our Telegram Channel