Saya sudah lama tak cukur, cabut kening – Neelofa



KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa mengakui dia menerima banyak pertanyaan mengenai bentuk keningnya selepas berniqab.

Menjelaskan isu tersebut, wanita berusia 31 tahun itu berkata, bentuk keningnya kini adalah asli kerana dia sudah lama tidak mencukur atau mencabut bulu keningnya.


“Saya sudah lama tak cukur kening, jadi biarkan saja dia macam ini, untuk mereka yang tertanya saya cukur kening ke tidak? Kening memang tak dicukur dan tak dicabut,” tulisnya di Insta Story miliknya.

Dalam pada masayang sama, bekas pengacara MeleTOP ini turut memuat naik petikan hadis sahih al-Bukhari berkaitan hukum mencabut bulu pada muka.

Hadis itu bermaksud – Allah melaknati orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.


Minggu lalu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mengejutkan dunia seni apabila mengumumkan keputusannya untuk berniqab.

Tindakannya itu menjadi perhatian sehingga laman sosial Instagramnya naik mendadak kepada 7.9 juta sekaligus menjadikan dia sebagai selebriti dengan pengikut paling ramai. – MG



Join our Telegram Channel
Telegram