![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkHWc8tyO_rx-HYdhpXu1als5XiZIjVInMRtM6CKqoDRI54Z3p1p5rEoKzUR1_F3u2h1qPoFcSEv3xFGSL1HNurrv8VRIJ071jnQdWwyYLeMnBn6yYSag1PYHAvTTQCoT_0tieDcTWNFo5/w640-h334/tun-faisal-anwar.webp)
ANGGOTA Parlimen dan pimpinan UMNO tidak akan menyokong Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecuali dijanjikan sesuatu.
Sokongn kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah sesuatu yang asing bagi
UMNO selepas lebih 20 tahun berjuang memastikan beliau tidak menjadi Perdana
Menteri.
Malah, sokongan kepada Anwar juga mustahil kerana beliau terkenal dengan isu
moral dan pernah dihukum penjara selepas didapati bersalah kerana meliwat
pembantunya.
Selain itu, Anwar juga didakwa mempunyai pendirian berbeza terhadap ideologi
politik seperti menyokong pluralisme agama, LGBT dan keselamatan Israel.
“Hanya orang yang dijanjikan Anwar sesuatu sahaja yang akan mengambil tindakan
menyokong Anwar.
“Jangan bagi alasan yang ini semua cadangan untuk selepas Covid-19
(Koronavirus) selesai.
“Ini alasan orang yang takut kena hentam. Mesyuarat tergempar BN (Barisan
Nasional) dan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dipanggil secara tiba-tiba dan
mengejut ini bukan untuk cerita selepas Covid-19 selesai, tetapi cerita hari
ini dan masa terdekat.”
“Bukan semua orang naif dan boleh terpedaya dengan alasan sebegini.”
Demikian kata Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz
dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pendirian yang dinyatakan UMNO selepas
Mesyuarat Ahli MKT UMNO malam tadi.
UMNO secara konsensus membuat keputusan untuk terus memberi sokongan kepada
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.
Ia dilihat selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Ahad lalu yang meminta segala bentuk
permainan politik dihentikan.
Dalam pada itu, selaras dengan pendirian pimpinan UMNO, Tun Faizal turut
menyarankan supaya langkah pengukuhan peringkat parti BN dan MKT
dilaksanakan.
“Fokus kepada memerangi penularan Covid-19, lupakan dahulu soal bubar Parlimen
dan tukar kerajaan atau PM (Perdana Menteri) di saat keutamaan perlu diberikan
kepada usaha menangani Covid-19.
“Segera wujudkan Majlis Presiden (UMNO, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)
dan Pas), bentuk Jawatan Kuasa Rundingan dan bawa ke meja perundingan
perkara-perkara yang dipertikaikan oleh UMNO terhadap PM ketika ini.
“Mencari penyelesaian terhadap perkara2 yang menjadi pertikaian seperti soal
jawatan, kerusi, isu2 pokok pentadbiran dan perjuangan yang perlu diselesaikan
segera.
“Tidak termasuk isu-isu melibatkan hal peribadi pemimpin.
“Buat perjanjian bertulis agar semua ini dipatuhi selepas membentuk kerajaan
nanti.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
- DAP sokong Muhyiddin dengan syarat pecat Hamzah, Azmin – Liew Chin Tong
- DAP akan pertahan institusi raja, hak istimewa Melayu, Islam
- Meeting UMNO putus tetap tolak Anwar, DAP, terus sokong PN
Join our Telegram Channel