Ada media portal yang laporkan seolah-olah saya mendesak semua ahli parlimen
UMNO untuk sokong Anwar jadi PM.
Ini kurang tepat.
Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti
dalam krisis Covid hari ini dan kita diberi peluang untuk mengeluarkan
pandangan masing-masing.
Cadangan pertama saya adalah untuk UMNO mendesak satu tarikh yang tetap
untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas Covid terkawal.
Membubar parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semula
juga pilihan parti semasa PM7 letak jawatan pada bulan Februari lalu.
Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang
tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga
akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang
untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa.
Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk
meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan
dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMNO
disalahkan pengundi.
Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka UMNO
perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti
Anwar jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN
selepas apa yang berlaku di Sabah.
Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan
melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.
Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan
Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak
mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan
Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?
Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam
hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan
PM, Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan
Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, PAS atau
mana-mana parti lain.
Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih
effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej
bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal
dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini
adalah amat parah.
Follower FB saya juga faham bahawa saya sudah beberapa kali sudah meluahkan
kekecewaan saya dengan pengendalian Covid kerajaan PN terutamanya untuk
kluster-kluster penjara yang menyumbang bahagian paling besar kes Covid dalam
gelombang ketiga ini.
Walaupun UMNO tak terlibat dalam kementerian tersebut, UMNO tentu akan
disalahkan. Dan jika kita diberikan peranan lebih besar, kita boleh menyumbang
kepada usaha untuk menyelesaikan kelemahan ini.
Saya juga terbuka kepada pilihan untuk teruskan sokongan bersyarat kita kepada
kerajaan PN sehingga PRU15 tetapi kita perlu berunding semula syarat-syarat
supaya UMNO dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal
berhubung rancangan ekonomi.
Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini.
Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini.
Sebagai orang parti, saya akan terus menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO
yang sedang bermesyuarat malam ini.
NOTA: Entah siapa portal MalaysiaNow yang diurus adik Latheefa Koya
ini? Lapor yang bukan-bukan.
Tiada sesiapapun yang serang saya dalam mesyuarat hari ini. Noh Omar tak
serang saya dan Nazri tak serang saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari
ini pun sebab dia ada di Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
Join our Telegram Channel