Bekas pelakon popular Datin Seri Zizie Ezette berkongsi beberapa video di
laman Instagram yang memaparkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sedang
menunaikan solat.
Bagaimanapun, ibadah tersebut agak ‘terganggu’ dengan kerenah anak-anak yang
mungkin ingin melepaskan rindu terhadap beliau selepas sibuk memberi tumpuan
kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.
“Budak2 ni biasa tak kacau bila daddy solat, tapi agaknya berhari2 sibuk jumpa
pun sekejap-sekejap mungkin ni cara diaorang nak perhatian dan lepas rindu,”
kata pelakon berusia 41 tahun itu.
Menurut Zizie, momen anak-beranak berkenaan disifatkan lucu selain sekadar
mahu berkongsi bersama pengikut yang turut terhibur melihat gelagat
anak-anaknya.
Walaupun Zizie bercadang untuk padamkan video tersebut, ia dihalang oleh
netizen dan rakan-rakannya.
Please subscribe
Join our Telegram Channel