KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isnin lalu
tidak berbincang dan memutuskan calon dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO untuk
diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata MKT UMNO juga
tidak pernah dimaklumkan berkenaan sebarang permintaan oleh Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yasin, untuk meminta menamakan calon timbalannya.
"Tak tahu (UMNO diminta kemuka calon Timbalan Perdana Menteri). Tiada
(dibincang dalam mesyuarat MKT)," katanya ringkas menjawab persoalan mengenai
laporan kononnya Muhyiddin menunggu nama dari UMNO untuk mengisi jawatan
berkenaan seperti dilapor beberapa portal media.
Portal itu melaporkan kononnya Muhyiddin menunggu nama Ahli Parlimen UMNO
dikemuka parti itu untuk dipilih sebagai timbalannya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa,
dalam Twitternya menyifatkan laporan portal berkenaan sebagai karut.
"Tolong berhentikan laporan spekulatif karut marut..be fair to pm
(berlaku adil kepada Perdana Menteri)..be fair to umno too (berlaku
adil kepada UMNO juga),"katanya yang mengulang ciap laporan media berkenaan.
UMNO pada Isnin memutuskan untuk terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional
(PN) pimpinan Muhyiddin dan menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.
Namun, spekulasi kini bertiup berkenaan kemungkinan Muhyiddin akan mengumumkan
nama timbalannya dari kalangan pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO.
Antara nama yang disebut-sebut termasuk Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri
Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Sembrong
yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
- Zahid tidak hadir pertemuan dengan Muhyiddin
- Mesyuarat tergempar MP BN di PWTC
- Agong sedar muslihat Muhyiddin perlu berundur – Puad Zarkashi
- Menteri Kabinet tutup mulut selepas mesyuarat dengan Muhyiddin
- MP BN bincang kedudukan Muhyiddin sebagai PM
- Keputusan mesyuarat BN diketahui malam ini – Najib
- TERKINI: Najib cadang BN beri sokongan pada Anwar – Sumber
- Ahli Parlimen BN dijangka tolak Muhyiddin
- Sokong Anwar: Najib jawab fitnah portal adik Latheefa Koya
- Kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam – Tony Pua
- DAP sokong Muhyiddin dengan syarat pecat Hamzah, Azmin – Liew Chin Tong
- DAP akan pertahan institusi raja, hak istimewa Melayu, Islam
- Meeting UMNO putus tetap tolak Anwar, DAP, terus sokong PN
- Sokong Anwar, mesti dijanjikan sesuatu – Tun Faisal
- Respon Najib dituduh gila kuasa kerana cadangan sokong Anwar
- Hati-hati dengan kumpulan kecil dalam Umno – Aznil
- Malaysianow dedah surat Zahid sokong Anwar, tuntut jadi TPM
- Biasalah melawat orang sakit – Najib
- Muhyiddin tunggu calon TPM dari Umno, tapi enggan terima Zahid
- Zahid, Ismail, Hishammuddin calon TPM Umno?
Join our Telegram Channel