Zahid mohon maaf, Shafie Apdal lari keluar negara dengan jet peribadi selepas peningkatan kes Covid-19 akibat PRN Sabah



KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan susulan peningkatan kes baharu Covid-19.

Menerusi ciapan terbaharu di Twitter, Ahmad Zahid yang menyatakan kebimbangan mengenai situasi terkini Covid-19 yang disifatkan membimbangkan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, berkata ia bukan pilihan BN.

"Kedudukan terkini Covid-19 amat merisaukan. Mewakili UMNO/ BN mohon maaf kepada rakyat dan frontliners berikutan peningkatan wabak akibat PRN Sabah yang diadakan bukan pilihan awal BN.

"Ahli dan jentera BN pada PRN Sabah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.


Pada masa sama, Zahid turut berpesan agar orang ramai menjaga diri dan berdoa kepada Allah supaya wabak ini akan berakhir.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan terdapat penambahan 260 kes baharu pada Khamis.

Shafie Apdal lari dengan jet peribadi

Sejak malam tadi, orang ramai mula menularkan foto bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan Sabah dengan menggunakan Jet Peribadi.

Orang ramai turut mempersoalkan kenapa Shafie Apdal meninggalkan negeri Sabah selepas ramai rakyat telah dijangkiti wabak virus Covid-19.


Mereka (rakyat Sabah) juga turut meminta agar Shafie sepatutnya tampil membantu pesakit dan keluarga yang sedang dikuarantin akibat jangkitan virus tersebut.

Sudah tentu kalau pesakit mempunyai isteri dan anak, mata pencarian akan terhenti. Sedangkan punca Covid-19 di Sabah merebak disebabkan oleh Shafie dengan restu TYT yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sabah.

Sebelum ini, 33 orang wakil rakyat telah memfailkan saman di Mahkamah ke atas Shafie Apdal dan TYT (Yang Di Pertua Negeri Sabah) untuk menghalang pilihan raya diadakan dengan alasan virus Covid-19 akan merebak tetapi Mahkamah telah menolak permohonan tersebut.

Saya yakin selepas PRN Sabah tiada Covid-19 – Mohammadin Ketapi 

Datuk Mohamad Din Ketapi dalam satu temu bual sebelum ini juga turut menyatakan bahawa kes peningkatan Covid-19 di Sabah adalah satu konspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah semasa pilihan raya.


Mohamad Din turut berkata selepas selesai sahaja pilihan raya, kes Covid-19 akan menurun sebaliknya apa yang berlaku kes ketika ini semakin meningkat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menghantar hampir 400 orang pasukan barisan hadapan (frontliner) Doktor dan Jururawat ke Sabah bagi membantu menangani kes jangkitan yang semakin meningkat naik. 

Jumlah pesakit Covid-19 setakat 30 Sept 2020 di Sabah adalah 1877 orang. Ini tidak termasuk pesakit yang telah ke Semenanjung Malaysia yang mana kemudiannya telah menjangkiti pula orang lain.

Dalam pada itu, Syihab Al-Hadi seorang penganalisis bebas politik pula berkata secara moralnya Shafie sebelum ini sebenarnya telah kehilangan majoriti di dalam DUN Sabah apabila belasan ADUN Warisan, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar Parti itu. – Sabahnews / Astro Awani



Please subscribe
 








Join our Telegram Channel
Telegram