PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan
pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN)
bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir.
Pertemuan yang diadakan di Bangunan Perdana Putra itu berlangsung jam 9.30
pagi manakala mesyuarat Kabinet Khas dijadual 10.30 pagi.
Memetik laporan Malaysiakini, yang mendapat makluman daripada sumber UMNO
memberitahu, kesemua ketua parti termasuk dari Sabah dan Sarawak hadir dalam
pertemuan pagi tadi.
“Cuma Presiden UMNO (Ahmad Zahid) tidak hadir,” kata sumber memetik portal
berita itu.
Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak maklum sama ada UMNO menghantar wakil
menggantikan Ahmad Zahid dalam pertemuan tersebut.
“Itu (wakil) saya tidak pasti, apa yang boleh saya sahkan Ahmad Zahid tidak
hadir.
“Kedua, pertemuan ini untuk presiden-presiden parti politik yang sokong PN,”
jelasnya.
Selain itu, Malaysiakini turut melaporkan, satu lagi sumber memberitahu, Ahmad
Zahid menukar fikiran pada saat akhir pagi ini.
“Beliau sepatutnya dijadualkan hadir pertemuan dengan Perdana Menteri pagi
ini, namun, menukar fikiran pada saat akhir atas keputusan peribadi,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
- Muhyiddin perlu letak jawatan, jimatkan masa, biar Agong tentukan
- Darurat boleh halang PRK, PRN dan PRU – Annuar
- Respon Najib selepas Muhyiddin mahu laksana 'darurat'
- Agong: Tiada keperluan isytihar darurat
- Muhyiddin bertemu anggota kabinet, pertimbang letak jawatan?
- Majlis Raja-Raja mahu mekanisme semak, imbang dihormati, elak unsur salah guna kuasa
Join our Telegram Channel