PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak di Selangor, Ahmad
Mustain Othman menyertai PKR selepas dipecat oleh Amanah Julai lepas.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Mustain kepada FMT sambil memaklumkan bahawa
beliau diterima sebagai ahli PKR pada 31 Ogos.
“Saya sudah diterima sebagai ahli PKR pada 31 Ogos lalu, sekarang saya adalah
Adun kerajaan Selangor,” katanya.
Ketika ditanya sebab beliau memilih PKR, Mustain enggan mengulas lanjut.
FMT turut melihat semakan status permohonan keahlian Mustain yang diluluskan
oleh PKR.
Mustain dipecat oleh Amanah kerana melanggar disiplin sebagai ahli parti.
Selain Mustain, seorang lagi wakil rakyat Amanah di Selangor, iaitu Adun Meru,
Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, menyertai PKR selepas mengambil keputusan
meninggalkan parti itu sebelum ini.
Join our Telegram Channel