Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka



Rakyat Australia yang menghadapi tekanan kewangan akan dibenarkan untuk mengakses simpanan pencen mereka sehingga A$10,000 (RM30,000) pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun, dan A$10,000 lagi pada tahun fiskal berikutnya, yang mana A$20,000 itu boleh dikeluarkan dalam masa empat bulan akan datang.

Langkah itu, yang merupakan sebahagian dari pakej besar yang diumumkan pada hari Ahad lalu untuk memerangi malapetaka ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.


Kerajaan akan memasukkan sebanyak A$27 bilion ke dalam poket rakyat Australia, kata Bendahari Josh Frydenberg.

Dia menambah bahawa dana itu dapat menangani pengeluaran, yang berjumlah kurang dari 1% dari jumlah aset industri.


"Ini adalah masalah yang mesti ditangani dengan sangat berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kecairan (liquidity pressures) yang mungkin dihadapi dalam keadaan pasaran semasa," kata CEO Industri Super Australia Bernie Dean dalam satu kenyataan.

Negara menghadapi gelombang pengangguran, terutama bagi pekerja bergaji rendah setelah kerajaan mengarahkan penutupan pub, kasino, restoran dan pelbagai premis lain semalam, dengan menekankan bahawa penutupan itu mungkin berlaku sekurang-kurangnya enam bulan. – Cinca
Join our Telegram Channel
Telegram