PETALING JAYA: Kerajaan Bangladesh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Dhaka dalam usaha menyelesaikan masalah ribuan pekerja asing yang terkandas di
negara mereka akibat pandemik Covid-19.
Semalam, kira-kira 25,000 pekerja asing dilaporkan pulang ke Bangladesh untuk
bercuti, tetapi tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk bekerja, selepas
Covid-19 mula merebak awal tahun ini.
Sekumpulan pekerja mengadakan demonstrasi di Dhaka pada Isnin lalu untuk
menggesa kerajaan mereka campur tangan supaya mereka boleh kembali ke
Malaysia. Mereka berkata, visa kebanyakan pekerja asing terbabit sudah tamat
tempoh.
Mereka juga meminta kerajaan Bangladesh memberikan bantuan kewangan kepada
mereka kerana menganggur lebih 7 bulan.
Semalam, Setiausaha Luar Bangladesh, Masud Momen berbincang dengan Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Haznah Md Hashim menerusi mesyuarat dalam
talian mengenai perkara itu dan meminta sokongan Putrajaya untuk menyelesaikan
masalah pekerja terkandas.
New Age Bangladesh memetik sumber diplomatik sebagai berkata, Masud menggesa
Putrajaya menguruskan visa pekerja terbabit.
Menurut organisasi berita itu, Haznah berkata, beliau akan membawa perkara itu
kepada pihak berkuasa berkaitan di Malaysia.
Beliau turut mencadangkan isu berkaitan pekerja terkandas boleh dibincang
dalam kumpulan kerja bersama kedua-dua negara berhubung pekerja, kata laporan
itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
- Hos BernamaTV ingatkan menteri janji kebebasan bersuara
- 6 kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman
- Rayhan Kabir sembunyi – Polis
- Akhirnya Rayhan Kabir berjaya dicekup
- Rayhan Kabir akan diusir dari Malaysia selama-lamanya – Imigresen
- Rayhan Kabir dihalau pulang malam ini
- Dulu saya ada semuanya, rumah, kereta, duwet, kerja bagus, tapi kini hilang sekelip mata – Rayhan Kabir
- Ribuan pekerja Bangladesh demo di Dhaka nak pulang ke Malaysia
Join our Telegram Channel