CYBERJAYA – Pencarum yang mempunyai jumlah simpanan lebih RM10,000 dalam Akaun
1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajar dibenarkan membuat pengeluaran
‘one-off’.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencarum yang
mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun yang sama pula munasabah
membuat pengeluaran bulanan sebanyak RM500.
Beliau berkata, ia adalah mekanisme yang sesuai bagi pengeluaran caruman Akaun
1 KWSP dalam Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat.
“Jika Kementerian Kewangan mendapati tidak semua pencarum mempunyai simpanan
Akaun 1 melebihi RM10,000, maka beberapa penyesuaian hendaklah dilakukan.
Mereka yang mempunyai simpanan Akaun 1 KWSP lebih RM10,000 tidak begitu sesuai
jika bayarannya dibuat hanya RM500 sebulan.
“Mereka yang mempunyai simpanan Akaun 1 KWSP melebihi RM10,000 hendaklah
dibayar sekali gus, bukannya pengeluaran RM500 sebulan. Ini kerana jumlah itu
(RM500) tidak memenuhi matlamat mereka bagi membayar bebanan yang ditanggung.
“Pencarum yang mempunyai simpanan KWSP kurang RM10,000, adalah munasabah jika
pengeluaran RM500 sebulan dapat dilaksanakan,” katanya selepas menziarahi
warga emas, Miah Abdul Rahman, 81, yang terlantar akibat sakit tua di Kampung
Baharu Batu 16, Hutan Melintang, dekat sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, ahli Parlimen UMNO
dan Barisan Nasional (BN) sepakat menyokong permintaan Ahli Parlimen Pekan,
Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pengeluaran simpanan KWSP.
Menurut Ahmad Zahid, saranan Najib harus diterima sebagai satu cadangan
terbaik kerana rata-rata pencarum KWSP adalah mereka yang berpendapatan
rendah, terutama yang mempunyai jumlah simpanan yang kurang RM10,000.
“Bagi pencarum KWSP yang mempunyai simpanan yang kurang daripada RM10,000
mesti ada mekanisme yang digunakan.
“Walaupun ucapan Belanjawan menyebut mereka telah dicadangkan untuk menerima
RM500 sebulan, namun kaedah yang terbaik juga adalah bayaran sekali gus.
“Ini kerana wang itu tidak melibatkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan,
wang itu adalah wang simpanan pencarum dalam KWSP,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
- Boss KWSP kena sekolah dengan Najib
- KWSP: Itu duit rakyat, kata Ahmad Maslan
- Najib dedah Dr M songlap saham untuk KWSP 10 bilion
- Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka
- Najib tidak ambil hati disindir MP Pas cadangan 10k KWSP, lanjutan moratorium seperti hikayat Puteri Gunung Ledang
Join our Telegram Channel