Sepang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari dari DAP, Young Syefura
Othman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, bagi memberi keterangan
susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Adun itu dilihat tiba di IPD Sepang pada 9.15 malam ditemani lima rakan
terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki.
Kehadiran wakil rakyat itu susulan gambar percutiannya bersama rakan di Avani
Sepang Gold Coast Resort Bagan Lalang tular di media sosial dan mengundang
kecaman kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).
Beliau dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup
muka.
Young Syefura yang ditemui wartawan di perkarangan IPD itu bagaimanapun enggan
mengulas lanjut sebaliknya hanya menjawab, "Nantilah saya jawab,".
Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan
Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya memanggil Adun terbabit bagi
membantu siasatan kes berkenaan selepas menerima dua laporan polis.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel