Boss KWSP membuat pengiraan semalam bahawa mereka yang ada simpanan RM10,000
dalam akaun KWSP hanya akan cukup untuk membiayai pendapatan RM41 sebulan
sepanjang tempoh 20 tahun selepas mereka bersara.
Lain kata, mereka yang mengeluarkan RM10,000 daripada akaun KWSP hari ini akan
kerugian sebanyak RM41 sebulan selepas mereka bersara.
Boss KWSP juga kata seramai 43% atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun
mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.
Dia kata ini berpunca daripada gaji asas yang rendah sekitar RM550 sebulan
sebelum kerajaan melaksanakan gaji minima.(Sebab itu, kerajaan BN masa
saya PM buat gaji mimina walaupun PM4 bantah dan kita sering beri dividen
tahunan paling tinggi sejak 20 tahun lalu).
Komen saya:
1. Pada saya, kerugian pendapatan RM41 sebulan selepas bersara bagi mereka
yang keluarkan RM10k sekarang tak seberapa membantu. Apa yang kita boleh beli
dengan RM41 sebulan?
Mereka yang ingin keluarkan RM10k sekarang adalah golongan yang faham mereka
mempunyai baki simpanan yang cukup dan mereka yakin akan dapat menambah
kembali simpanan mereka pada masa depan selepas krisis Covid berakhir.
2. Keadaan sudah berubah sekarang di mana kita sudah ada gaji minima RM1,200.
Mari kita buat pengiraan mudah:
Kadar caruman KWSP untuk majikan = 13% (12% bagi mereka yang gaji bulanan
melebihi RM5,000)
Kadar cauruman KWSP untuk pekerja = 11% (tapi telah dikurangkan ke 7% bagi
tahun ini)
Menjadikan kadar caruman KWSP bagi pekerja bergaji bulanan RM5,000 ke bawah
sebanyak 24%.
Maka dalam setahun,
- Jumlah simpanan pencarum bergaji RM1,200 (gaji minima) = 23% X RM1,200 X 12 bulan = RM2,419
- bergaji RM2,000 sebulan = 23% X RM2,000 X 12 bulan = RM4,032
- bergaji RM3,000 sebulan = 23% X RM3,000 X 12 bulan = RM6,048
Maka simpanan KWSP dalam tempoh masa 5 tahun sebelum mengira dividen tahunan
atau kenaikan gaji adalah sebanyak:
- Gaji RM1,200 = RM12,096
- Gaji RM2,000 = RM20,160
- Gaji RM3,000 = RM30,240
Sekejap saja, simpanan KWSP mereka mampu memulih jika ekonomi bertambah baik
selepas Covid dan negara dijaga oleh mereka yang bukan akauntan gagal atau
tipu sijil.
Itupun sebelum kerajaan mula membantu.
Seperti dalam perbahasan saya hari itu, tanggungjawab kerajaan bukan untuk
menafi pencarum dari mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka
paling terdesak.
Fokus kerajaan pula ialah mencari jalan untuk memulihkan dan memastikan
pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka
dengan kadar paling cepat. Supaya sewaktu mereka bersara nanti, simpanan di
dalam Akaun 1 akan mencukupi.
Perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
Pertama, selepas Covid kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih
pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP.
Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan
projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49% di dalam syarikat PLUS.
Bukan diberikan kepada kroni.
Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum.
– Najib Razak
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
Join our Telegram Channel