PETALING JAYA: Umno menganggap penambahbaikan Belanjawan 2021 yang diumumkan
oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini adalah hasil gesaan
wakil parti itu dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, bukan sahaja dua tuntutan utama
parti itu, iaitu membabitkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dan lanjutan moratorium pinjaman dipenuhi,
malah lima cadangan lain turut dipenuhi.
“Selain pengeluaran simpanan KWSP dan lanjutan moratorium yang merupakan dua
gesaan utama, kita jangan lupa bahawa penambahan bantuan yang diumumkan oleh
menteri kewangan tadi juga adalah hasil cadangan BN dan Ahli Parlimennya,”
katanya.
Antara lima penambahan Belanjawan 2021 yang diumumkan, termasuklah bantuan
khas “one off” kepada semua petugas barisan hadapan Covid-19 sebanyak RM300,
selain RM500 untuk petugas kesihatan, yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pontian,
Ahmad Maslan.
Seterusnya bantuan program e-Belia dengan menaikkan jumlah kredit RM50 ke
RM100 juga secara “one-off” ke dalam akaun e-wallet yang dibangkitkan Menteri
Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.
Sementara itu bantuan kepada pesawah membabitkan cadangan peruntukan RM80 juta
untuk Tabung Bencana Pertanian juga adalah antara isu dibangkitkan Ahli
Parlimen Baling, Azeez Rahim ketika membahaskan Belanjawan itu sebelum ini.
“Bantuan musim tengkujuh juga ditambah susulan setelah gesaan YB Baling, RM300
sebulan kepada pekebun kecil,” katanya.
Beliau turut menyenaraikan moratarium bagi sewa premis perniagaan yang
terjejas juga adalah hasil cadangan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
“Syabas BN dan terima kasih menteri kewangan kerana sedia mendengar dan
melaksanakan perubahan setelah mengadakan libat urus bersama Ahli Parlimen,”
katanya.
Sementara Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penambahbaikan yang
diumumkan oleh Tengku Zafruk itu merupakan bukti bahawa suara rakyat
didengari.
“Suara rakyat didengar. Segala syarat ketat ke atas pengeluaran Akaun 1 KWSP
sebelum ini dimansuhkan dengan mengambil kira semua pencarum yang terjejas
pendapatan, iaitu kira-kira 8 juta orang berbanding hanya 2 juta sebelum ini,
selain kebenaran pengeluaran maksiumum RM10,000,” katanya.
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum KWSP yang terjejas pendapatan
akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan perintah sekatan mengeluarkan hingga
RM10,000 daripada Akaun 1 mereka.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju melanjutkan moratorium pinjaman secara
automatik bagi kumpulan B40, sementara kumpulan M40 dan lain-lain boleh
membuat permohonan.
Ia antara dua syarat tuntutan utama BN sebelum ini bagi menyokong Belanjawan
2021.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
- Jangan risau, jika proses keluar KWSP 10k rumit, kita tolak Bajet 2021 – Najib
Join our Telegram Channel