Satu teguran telah membawa sampai ke insiden bunuh membunuh sesama rakan.
Suspek yang merupakan dua orang beradik dari Indonesia Candra, 23, dan Calvin,
19 bengang kerana mangsa tidak datang meminta maaf kepadanya.
Mangsa Fran, 22 dibunuh kerana dendam Candra yang sebelum ini pernah tertikam
ketiak kirinya oleh mangsa akibat tegurannya.
Semuanya berpunca akibat satu perselisihan faham antara Candra dan Fran.
Ketika mereka sedang melepask di sebuah pondok berhampiran rumah mereka di
Jalan Meranti Sungai Buaya, daerah Kertapati.
Menurut Harian Metro, Candra ada tegur Fran yang buang air besar merata-rata
dan ia membuatkan Fran jadi berang.
Mereka bertelagah tetapi dileraikan oleh rakan-rakan lain, namun Fran yang
masih marah terus menyerang Candra sehingga menyebabkan kecederaan dibahagian
ketiak kirinya saat Candra mahu pulang ke rumah. Lapor Tribunnews.
“Saat di rumah saya baru terasa sakit, dan saya pegang bagian belakang
mengeluarkan darah”
Candra membuat keputusan untuk tidak membuat laporan polis dengan berharap
agar Fran datang kepadanya untuk meminta maaf.
“Saya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mahu menunggu dia
meminta maaf, namun penantian saya sia-sia.”
Kecewa dengan sikapnya, saya dan adik menyerang Fran yang ketika itu sedang
bekerja di bengkel dengan senjata tajam hingga maut.”
Menurut sumber, mereka pada waktu itu menyembunyikan diri dirumah pak cik
mereka selama 3 minggu.
Kata Fran, pak ciknya pada waktu itu tak tahu apa-apa
“Paman tidak tau kalau kami habis membunuh, alasan kami dengan paman kami
hendak mencari pekerjaan dan sembunyi disini selama hampir 3 Minggu.”
Sementara itu, Ketua Polis Palembang Anom Setiyadji telah mengesahkan bahawa
dua beradik itu telahpun ditangkap pada 17 November lalu.
Katanya, kes pembunuhan itu berlaku akibat dendam lama antara suspek dan
mangsa akibat masalah perselisihan faham.
Join our Telegram Channel