PUTRAJAYA – “Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun
mula-mula terkejut.
Itu tanggapan pertama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri selepas dimaklumkan nama pengantin
perempuan yang akan dinikahkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (Jawi), pagi tadi adalah Erra Fazira.
“Ingatkan pelakon filem Sembilu tu. Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas
pernikahan sebentar tadi.
“Ia (majlis akad nikah) berlangsung di pejabat Jawi dalam tempoh tidak
melebihi 20 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang
ditetapkan oleh pihak Jawi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pagi ini.
Katanya, moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan
pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Join our Telegram Channel