Kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)
sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan peranan dan fungsi berbeza,
kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata matlamat J-Kom adalah untuk mewujudkan komunikasi dua hala
antara kerajaan dan rakyat iaitu bagi menyampaikan maklumat kerajaan yang
tepat, sahih dan bijaksana kepada rakyat, selain mendengar suara dan maklum
balas daripada rakyat.
“Kaedah yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di
peringkat akar umbi, yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan
menghayati makna dan fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan
‘penghakupayaan komuniti’,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang
Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-Kom juga berbeza dengan Jabatan
Penerangan (Japen) kerana tugas utama J-Kom pada waktu ini adalah melaksanakan
komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan pandemik Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan kembalikan Jasa, peruntukan RM85.5 juta
- Peruntukan JASA terlalu tinggi di masa krisis sukar diterima rakyat – Najib
- Jasa bukan unit propaganda tapi untuk dengar rintihan rakyat
- Team baru Jasa tak bermotif politik – KKMM
- Tak perlu apologetik, Jasa memang agensi politik – Puad
- Jasa dah hidup balik, Jibby tak nak hidup Permata? – Khalid Samad
Join our Telegram Channel