Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP
akan tetap rumit..
Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia
hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini.
Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini.
Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi
KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah
ditambahbaik pagi ini.
Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan
tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak Rakyat untuk mengeluarkan wang
mereka sendiri.
Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet
pada undian peringkat jawatankuasa.
Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji
mereka pada kita dan Rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk
tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini.
Seperti yang saya sebut tadi, sama ada bagi komitmen kelulusan automatik
moratorium atau pengeluaran KWSP, PEMUDA UMNO berjanji untuk memantaunya dari
segi perlaksanaannya.
Mohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan
masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak
munasabah.
Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan
mengambil tindakan lanjut.
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
Join our Telegram Channel