Polis hari ini berjaya menahan bekas pemimpin siswa Universiti Malaya ketika
melakukan penyiasatan dan penggeledahan di sebuah rumah.
Bekas presiden Persatuan Pemuda baru Universiti Malaya (Umany) Wong Yan Ke
(gambar atas) ditahan selepas polis hadir dan mahu memeriksa kediaman seorang
lagi pemimpin siswa Yap Weng Qin di Petaling Jaya.
Yap pada awalnya enggan membenarkan polis masuk tanpa waran geledah.
Wong kemudian merakam siaran langsung Facebook berhubung komunikasinya dengan
seorang pegawai polis. Kata Wong, rakaman itu dibuat bagi tujuan keterangan di
mahkamah.
Beberapa lelaki berpakaian biasa, dipercayai anggota polis kemudian memintan
Wong berhenti merakam selepas siaran langsung Facebook itu berakhir tiba-tiba.
Difahamkan, Wong ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling
Jaya untuk disoal-siasat.
Peguam Chong Kar Yan yang berada di tempat kejadian berkata penangkapan itu
kerana merakam video pegawai polis berkenaan.
Susulan penahanan Wong, atas nasihat peguam Yap membenarkan polis melakukan
penggeledahan di rumahnya.
Sementara itu, ketua unit pendidikan politik Umany, Liau Pin Chun berkata
polis merampas komputer riba dan telefon bimbitnya.
Polis kini sedang menyiasat Yap yang juga presiden Umany sekarang dan naib
presiden kumpulan pelajar, Tan Li Yuan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan
Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pada 30 Okt, Umany menyiarkan satu kenyataan biadap memprotes terhadap
keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menolak
cadangan perdana menteri untuk mengistiharkan darurat.
Seri Paduka juga menasihati semua anggota Parlimen untuk menyokong Belanjawan
2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Kumpulan itu berpendapat Agong "tidak boleh campur tangan dalam urusan negara;
tetapi harus mengekalkan sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam
kerangka yang dibenarkan oleh perlembagaan”.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel