PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal menggesa bank melaksanakan
penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada kumpulan berpendapatan 40%
terbawah (B40).
Beliau berkata, gesaan untuk bank menghapuskan bayaran faedah dan hutang bukan
perkara baru kerana cadangan sama turut dibangkitkan di negara lain.
Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi yang memiliki saham
di bank mempunyai kewajipan sosial terhadap rakyat dan mereka perlu membuat
pengorbanan.
“Kita berada dalam waktu susah dan bank menjana keuntungan besar selama
beberapa tahun, jadi penghapusan hutang paling sesuai.
“Tetapi, kita memahami bukan semua orang memerlukan penghapusan hutang, jadi
ia harus dilakukan secara bersasar dan berperingkat.”
Penghapusan cukai berlaku apabila bank atau organisasi besar membatalkan
hutang serta melupuskannya daripada rekod awam.
Jika ini tidak dapat dilakukan, beliau berkata, bank sekurang-kurangnya perlu
berhenti mengutip bayaran faedah untuk pinjaman atau sekurang-kurangnya
melanjutkan moratorium pinjaman tanpa faedah.
“Ini bukannya tidak munasabah dan saya rasa ia masih adil kepada bank serta
tidak akan memberi kejutan kepada sistem.
Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata, moratorium pinjaman patut
dilaksanakan tanpa had masa untuk mereka yang masih menganggur.
“Bank boleh mengutip bayaran semula selepas peminjam mendapat pekerjaan,”
katanya kepada FMT sambil menambah itu antara cadangan sayap itu untuk
Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan esok.
Wan Fayshal berkata, terdapat keperluan untuk meringankan penderitaan belia,
khasnya mereka yang hilang pekerjaan.
“Kami (Pemuda PPBM) percaya ekonomi negara perlu dpacu ekonomi ‘sebenar’ yang
menghasilkan barangan dan perkhidmatan, bukannya ekonomi kewangan yang
menyebabkan inflasi.
Join our Telegram Channel