Penulis blog OutSyed the Box (Syed Akbar Ali) ini satu lagi contoh pengamal
propaganda PH.
Dia ini dulu banyak rapat dengan PM4 sehingga diberi projek IPP di Kulim pada
tahun 1990an.
Namun projek dia gagal dan IPP itu diambil oleh bank sebab mereka tak mampu
bayar balik pinjaman.
Dia pernah merayu untuk selamatkan projek dia tapi saya kata ini urusan dia
dengan bank. Jika ada hutang, maka bayarlah hutang. Jika masih tak mampu
bayar, maka rundinglah dengan bank.
Selepas itu, dia salahkan saya sebab bank telah lelong projek itu. Pembeli
pula adalah Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang dulupun telah kaya setelah
syarikat dia disenarai dalam Bursa Malaysia dan juga diberi projek IPP di
Sabah pada masa PM4.
Ini menambah kemarahan dia pada saya sebab Allahyarham pernah rapat dengan
saya.
Dulu dia pernah tulis tentang bagaimana IPP dia telah "dirampas" tetapi dia
telah padamkan artikel tersebut dalam link
ini.
Tapi masih ada lagi di
sini.
Balik kepada artikel dia hari ini di mana dia tuduh saya boros dan kayakan
kroni sebab pernah memberi kontrak untuk bina 6 kapal littoral bernilai RM6
bilion.
Siap diletakkan gambar sedih penunggang motosikal yang kini tular untuk
memainkan emosi pembaca. (apa kaitan pemandu Grab dengan kapal perang, saya
pun tak tahu)
Dia juga tuduh harga setiap kapal dalam kontrak ini adalah 5 kali ganda lebih
mahal daripada kapal yang kerajaan BN beli dari China.
Biar saya jelas:
NOMBOR 1: Dia langsung TAK SEBUT siapa sebenarnya yang dapat kontrak
ini. Projek diberi kepada syarikat Boustead - milik penuh LTAT. Bukan kroni
sesiapa.
Ianya juga diberi kepada Boustead untuk mereka memajukan industri membina
kapal perang kita sendiri.
Geng Patriot juga nampak ini dan seru projek diteruskan oleh Boustead sebab
ianya akan menambah pengalaman dan kapasiti kita untuk menghasilkan industri
pertahanan negara.
"August 10, 2020: Let Boustead Naval Shipyard finish combat ship project,
says Patriot". Rujuk di
sini.
Tak sebut siapa yang menang projek ini adalah petunjuk kepada niat amat jahat
penulis ini.
NOMBOR 2: Tahap persiapan projek ini sekarang ialah 56.67% berbanding
tahap 85.73% dalam jadual projek. Ya, memang dah lewat tapi juga perlu tahu
bahawa ini antara projek yang tergendala selepas kerajaan ambil alih 22 bulan
di mana syarikat Boustead rugi teruk - iaitu kerugian pertama dalam sejarah.
"August 03, 2020: Boustead RM9b warship project delay: Mindef mulls
salvaging two of six vessels". Rujuk di
sini.
Ramai ahli pengurusan dan lembaga Boustead dan LTAT juga ditukar masa PH.
Sudah tentu projek ini telah dilambatkan lagi masa PH.
NOMBOR 3: Setiap kapal adalah berbeza sebab spesifikasi, kelengkapan
dan kelas kapal berbeza. Takkan kereta Axia patut sama harga dengan X70
walaupun kedua-dua adalah kereta?
Penulis ini amat pelik sekali. Dulu dia penyokong tegar PM4/7. Tapi setelah
setahun lebih kerajaan PH berlalu, dia benci PM4/7 pulak dan asyik serang
PM4/7 pula.
Dia dah lama tak serang saya tapi tiba-tiba sambung untuk serang saya sekali
lagi hari ini. Mungkin dia sudah ada kawan baru kot.
Sorry bro OutsyedtheBox. Ini bukan masa dulu sebelum PRU14 bila kamu pukul
saya, saya tak jawab.
Sekarang saya pukul balik.
Join our Telegram Channel