Terima kasih Ustaz. Saya tak pernah ambil hati dan kita tetap kawan.
Perlu maklum ialah lanjutan moratorium pinjaman telah disaran presiden UMNO,
Pemuda UMNO dan saya sejak bulan Julai lalu tanpa dibalas.
Kerisauan utama saya ialah bajet 2021 cuma 2.5% atau RM8b lebih tinggi
berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019.
Jika masa itu, bajet 2019 tak dapat selamatkan ekonomi negara pada masa tanpa
Covid dan merosot sehingga paling teruk sejak 11 tahun lalu, bagaimana pula
bajet 2021 yang cuma 2.5% lebih besar mampu selamatkan ekonomi rakyat pada
ketika wabak Covid mengganas seluruh dunia?
Itulah sebab saya tuntut pengeluaran akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium.
Dan ianya juga benar dan diperakui dalam laporan ekonomi bahawa pemulihan KDNK
bagi suku 3 2020 yang baru diumum minggu lepas telah banyak dibantu oleh
pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari yang dicadangkan saya masa itu serta
moratorium pinjaman secara pukal dan secara automatik (yang sudah tamat).
Kedua-dua cara ini tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan dan tidak memberi
impak kepada defisit negara.
Saya juga tengok bahawa pemulihan ekonomi pada suku ketiga (walaupun masih
negatif) banyak disumbangkan oleh eksport sektor elektronik dan sektor sarung
tangan serta penjualan kereta domestik yang melonjak naik akibat pengecualian
cukai jualan.
Namun, jumlah pekerja (termasuk pekerja asing) sektor pembuatan elektronik
cuma 500 ribu orang manakala jumlah pekerja sektor sarung tangan yang banyak
bergantung kepada mesin cuma 71,800 orang di mana 28,000 adalah warga tempatan
dan 43,800 pekerja asing.
Penjualan kereta domestik juga tidak dapat bertahan dan hanya menguntungkan
bank yang diberi peluang membuat pinjaman baru dan akan membebankan pembeli
untuk tahun-tahun mendatang.
Strategi pengecualian cukai jualan bagi kereta yang banyak bergantung kepada
import komponen ini pernah dilakukan oleh kerajaan PH pada tahun 2018 dan
akhirnya ianya terbukti apabila ekonomi terus merudum selepas itu.
Melihat keadaan ini di mana jumlah pekerja untuk sektor-sektor tersebut adalah
terhad, saya bimbang dengan ekonomi Rakyat sebab sektor-sektor lain yang
melibatkan jumlah pekerja paling banyak seperti sektor runcit, sektor
pelancongan (3.5 juta pekerja), sektor hiburan, SME dan peniaga kecil masih
terjejas dan tak banyak menerima manfaat serta tidak berasa terbela dalam
bajet 2021.
Sebab itu, saya sarankan supaya lebih banyak dana disuntik terus ke dalam
tangan Rakyat pada masa paling susah supaya ekonomi boleh dirancakkan dan
kesusahan rakyat yang dibuang kerja serta mereka yang tidak dibuang kerja
tetapi pendapatan mereka telah turun mendadak boleh diubat sedikit.
Itulah asas cadangan-cadangan saya sebab saya tak mahu strategi yang salah
menghantui rakyat dan negara pada masa kelak sedangkan bank-bank dan KWSP
mampu memenuhi kedua-dua syarat ini tanpa menjejaskan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
- Boss KWSP kena sekolah dengan Najib
- KWSP: Itu duit rakyat, kata Ahmad Maslan
- Najib dedah Dr M songlap saham untuk KWSP 10 bilion
- Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka
Join our Telegram Channel