KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima
kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.
Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara
merisik.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga
terdekat pasangan berkenaan.
Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini
membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia
sudah disunting.
Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada
penghujung Mac 2021.
Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail,
di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu
menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga
kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan
perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU
Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa
bulan kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa
Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.
Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan
selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang
diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun
Instagram.
PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan
merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.
Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi
mendapatkan maklum balas mereka. – Astro Awani
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saya sudah lama tak cukur, cabut kening – Neelofa
- Neelofa sah dirisik PU Riz, tular gambar keluarga bergambar tanpa penjarakan sosial
- Neelofa suka lelaki berjanggut
- KECOH: Neelofa, PU Riz putus tunang?
- KECOH: Neelofa kena minyak pengasih PU Riz, nikah senyap-senyap, transfer RM100, habis berjuta?
- Neelofa buka mulut isu nikah di Kelantan, minyak pengasih, transfer RM100k ke PU Riz
- Neelofa tak lagi pakai cincin tunang
- Neelofa cari penyebar WhatsApp dakwa nikah, kena ubat pengasih, transfer RM100k
Join our Telegram Channel