JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari
ini atas dakwaan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang merupakan
rakannya, awal bulan lalu.
Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, membuat pengakuan bersalah
selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim V. M. Mabel Sheela.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang sudah tidak bekerja sejak tiga
bulan lalu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kediaman pada pukul 5
petang di Bandar Baru Uda, Tampoi, di sini, 8 November lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan persetubuhan
bertentangan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam dubur mangsa.
Abang Ariff didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd. Rahman manakala
tertuduh tidak diwakili peguam bela.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penganggur liwat rakan lelaki didakwa di mahkamah
- Banduan guna botol budu liwat rakan satu sel
- Bapa iblis liwat anak perempuan 4 tahun
- Kilas tangan sebelum liwat selama 2 jam
- Liwat 3 rakan sel, banduan dipenjara 23 tahun
- Penganggur liwat rakan lelaki didakwa di mahkamah
- Bapa didakwa rogol, liwat anak 3 tahun
Join our Telegram Channel