HULU TERENGGANU – Sebilah pisau dipercayai senjata digunakan dalam pembunuhan
Siti Nur Surya Ismail, 19, sudah dijumpai polis.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud
berkata, senjata tajam itu ditemui di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2)
berhampiran Telemong di sini.
“Pisau dapur itu dipercayai telah dicampakkan suspek di lokasi ia ditemukan
yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
“Kita percaya senjata tajam tersebut diambil dari rumah mangsa (Siti Nur
Surya),” katanya kepada pemberita.
Terdahulu beliau ditemui selepas mengetuai Operasi Bersepadu Pematuhan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di Pasar Malam Kuala Berang di sini
malam tadi.
Kosmo! Isnin lalu melaporkan Siti Nur Surya ditemui dalam keadaan tertiarap
dengan pergelangan tangan kirinya putus di ruang tamu rumahnya di Kampung
Lubuk Batu, Telemong di sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel