PETALING JAYA: Presiden sebuah persatuan pelajar yang mencetuskan kontroversi
susulan hantaran di Facebook mengenai Yang Di-Pertuan Agong akan disoal siasat
oleh polis hari ini.
Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Yap Wen Qing akan
memberi kenyataan di Balai Polis Kajang pada jam 2 petang ini.
Dalam teks pesanan kepada media, Umany berkata, Yap akan diiringi oleh seorang
peguam hak asasi manusia.
Malam tadi, Umany berkata, ia mempertahankan hantarannya di Facebook yang
dimuat naik pada Jumaat sebelum mengeluarkannya selepas itu. Hantaran tersebut
diterbitkan semula malam tadi.
Mereka juga mengancam untuk menyeret Universiti Malaya (UM) ke mahkamah
sekiranya institusi pengajian tinggi itu mengambil tindakan ke atas mereka
berkait kenyataan itu.
Pada Ahad, UM berkata, ia sedang menyiasat artikel bertajuk “Yang Di-Pertuan
Agong should not intervene in national affairs” (Yang Di-Petuan Agong tidak
harus campur tangan dalam urusan negara).
ARTIKEL BERKAITAN: UMANY beri amaran, Agong jangan campuri urusan pentadbiran negara
Join our Telegram Channel