CYBERJAYA – Polis mengesahkan menerima dua laporan mengenai Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dari DAP yang didakwa
melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB).
Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor,
Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis sedang menjalankan
siasatan terhadap laporan itu.
“Pengadu seorang lelaki ketika berada di rumah sekitar jam 6.50 petang di
Kampung Datuk Ahmad Razali, Dengkil, telah melihat satu Twitter yang
menunjukkan seorang ADUN yang dikenali di Twitter dan Instagram dengan nama
Young Syefura atau nama sebenarnya Young Syefura Othman (ADUN Ketari Pahang)
memuatnaik gambar beliau dan rakan-rakannya sedang berkelah di tepi pantai di
Bagan Lalang beramai-ramai tanpa mematuhi SOP PKPB.
“Pengadu terus melihat Instagram Young Syefura dan melihat ada sembilan keping
gambar yang baru sahaja dimuatnaik di lokasi yang berhampiran dengan Avani
Sepang Goldcoast Resort yang pengadu percaya di Pantai Bagan Lalang.
“Menurut pengadu, Selangor pada ketika ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat yang mana aktiviti tersebut pada ketika ini adalah tidak
dibenarkan,” katanya.
Menurut Fadzil lagi, pengadu dalam laporan itu menjelaskan ini bukan kali
pertama ahli politik melanggar SOP PKPB menyebabkan rakyat menjadi marah
kerana tiada apa-apa tindakan diambil terhadap ahli politik berkaitan.
ARTIKEL BERKAITAN: Rentas daerah sambut birthday, Adun DAP didesak letak jawatan
Join our Telegram Channel