Kelmarin satu video telah tular di laman sosial Twitter menerusi perkongsian
yang dibuat oleh pemilik akaun, dikenali sebagai @afixqs.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, dua individu kelihatan sedang
bergelut di mana salah seorang daripadanya ialah penghantar makanan Foodpanda.
Menurut Afiq, pemilik akaun tersebut, video itu diperolehinya daripada group
whatsapp milik rider syarikat itu.
Menerusi video yang dimuat naik, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca
daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan rider tersebut kerana
pesanannya tidak dihantar hingga ke muka pintu.
Menurut Afiq, rider berkenan tidak dibenarkan untuk memasuki ke bahagian dalam
bangunan tersebut. Jadi bukanlah saja-saja tak nak hantar.
Peraturan tak benarkan rider masuk, tapi rider pula yang jadi mangsanya?
Perkongsian yang dibuat oleh Afiq itu bagaimanapun mendapat reaksi buruk
netizen yang cuba meletakkan kesalahan kepada penghantar makanan tersebut.
Walaubagaimanapun menurut lelaki itu, layanan buruk daripada pelanggan
bukanlah sesuatu yang baru baginya, namun jelas Afiq lagi tiada siapa ingin
menutup periuk nasi sendiri dengan sengaja.
Nak dapat kerja sebagai rider pun dah cukup susah!
Please subscribe
Join our Telegram Channel