KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri
Salahuddin Ayub bersedia menerima hukuman akibat tidak bangun bagi meminta
undi belah bahagi di parlimen pada Khamis lepas.
Dalam satu kenyataan ringkas, Salahuddin mengakui kesilapannya kerana tidak
bangun untuk menyokong usul undi belah bahagi yang dikemukakan oleh Ahli
Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
“Saya minta maaf pada parti dan ahli-ahli Amanah.
“Saya salah kerana bangun dan duduk semula setelah Presiden Abang Mat (Mohamad
Sabu) minta saya dan MP Amanah yang lain duduk.
“Abang Mat terima arahan last minit dari Ketua Pembangkang.
“Saya tak sanggup dan tergamak berlawan dengan presiden sendiri dalam
parlimen.
“Saya akui saya salah. Saya menunggu dan bersedia untuk menerima hukuman dari
parti.
“Ahad ini Amanah Nasional akan ada mesyuarat khas.,” katanya.
Pada Khamis, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di peringkat dasar telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara untuk menyokong.
Percubaan pembangkang untuk adakan undi belah bahagi gagal kerana tidak
mencukupi 15 orang menyokong cadangan tersebut.
Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku
Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian
dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
- Jangan risau, jika proses keluar KWSP 10k rumit, kita tolak Bajet 2021 – Najib
- Belanjawan 2021: Bukan 2, tapi 7 tuntutan Umno, BN dipenuhi
- Pemuda gesa DAP berpisah dengan Anwar arah tak bangun
- Benar bajet lulus bukti pembangkang iktiraf kerajaan PN – Dr M
Join our Telegram Channel