Petronas akan tetap
bayar dividen RM 34 billion
kepada kerajaan tahun ini sungguhpun Petronas rugi.
Untuk rekod, Petronas telah mencatatkan
kerugian RM21 bilion
pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020.
Pada tahun 2019 ketika rejim Gagalkrasi PH masih berkuasa, Petronas telah
membayar jumlah dividen sebanyak RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak
RM30 bilion!
Memang Petronas kena perah habis-habisan!
Tetapi tahukah abang kakak semua, sekitar tahun 2015, harga minyak dunia telah
jatuh dengan teruk!
Petronas mencatat penurunan keuntungan bersih sebanyak 91% iaitu UNTUNG RM 1.4
billion pada suku ke 3 tahun 2015.
Ya Petronas MASIH UNTUNG dan TIDAK RUGI.
Lalu Petronas telah memberitahu kepada DSN bahawa mereka hanya boleh membayar
dividen RM 16 billion sahaja kepada kerajaan untuk tahun 2016.
Kita berada pada keadaan yang sangat kritikal sekiranya kita bergantung harap
kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan negara.
Bagaimana hendak buat Bajet 2016?
Tetapi terserlah kebijaksanaan DSN pada ketika itu. Beliau telah melaksanakan
GST pada April 2015 sungguhpun ia langkah yang cukup tidak popular yang
kemudiannya telah dimainkan PH habis-habisan sehingga kerajaan BN tumbang.
GST serta langkah-langkah ekonomi yang dilaksanakan DSN telah menyelamatkan
kita semua dari krisis ekonomi yang cukup serius melanda dunia pada ketika itu
sehingga kita langsung tidak merasai kesannya.
Kutipan sistem cukai cekap GST saja telah memberikan pulangan sebanyak RM 39
billion hanya dalam beberapa bulan kutipan dilaksanakan.
Sekiranya kita tetap bergantung kepada cukai kuno SST yang tidak telus dan
membolehkan peniaga lari cukai dengan mudah, kita cuma akan mampu mengutip RM
18 billion sahaja!
Tetapi lihatlah bagaimana KERAjaan PH telah mensabotaj ekonomi negara dengan
memansuhkan GST. Sehingga berlaku kelompongan hasil puluhan billion ringgit
buat negara.
Mereka perah Petronas habis-habisan sehingga kedudukan ekonomi Petronas
menjadi tidak sihat dan jatuh penarafan kreditnya. Dan mereka jual jual dan
terus jual segala aset strategik dan syarikat menguntungkan yang dibina oleh
BN di bawah DSN seperti IHH dan Marina One and Duo Singapore.
Dalam keadaan Petronas RUGI RM 21 billion pun, Petronas terpaksa membayar
dividen RM 34 billion kepada negara.
Dalam keadaan Covid sekarang ini ekonomi dunia semakin lembab dan harga minyak
juga jatuh. Industri-industri lembab termasuk industri penerbangan yang
merupakan konsumer utama minyak dunia.
Apa akan jadi seterusnya sekiranya Petronas sudah tidak mampu lagi menanggung
beban kewangan negara kita? Apakah Petronas juga akan turut dijual? Selepas
itu tinggal apa lagi?
Ngeri untuk difikirkan tetapi kita sedang menuju ke arah itu.
Nampak kan sekarang betapa bijak dan cemerlangnya langkah-langkah ekonomi DSN?
Staf-staf Petronas macam mana sekarang? Dulu zaman BN korang maki hamun Najib
walhal bonus tahunan korang punyalah lumayan!
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tak perlu jarah Petronas pulih ekonomi – Tengku Zafrul
- Petronas rugi RM21 bilion suku kedua 2020
- Petronas tetap bayar RM34 bilion kepada kerajaan walaupun rugi
Join our Telegram Channel