KLANG – Jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ingin membunuh diri tetapi
ditemukan selamat dan dalam keadaan basah di tepi jalan kerana dipercayai
ternampak kelibat buaya di sungai berhampiran jambatan di Jalan Mohd. Sidin di
sini kelmarin.
Menurut sumber, wanita berusia 34 tahun itu yang pada mulanya terjun di
kawasan tengah sungai bagi membunuh diri bertindak berenang dengan laju di
kawasan tepi sungai tersebut.
“Wanita terbabit mendakwa melihat kelibat buaya yang menyebabkannya tidak
meneruskan hasratnya membunuh diri.
“Dia kemudiannya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian cubaan
bunuh itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Utusan melaporkan cubaan seorang jurutera ingin membunuh diri dengan
terjun daripada jambatan gagal apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat
dalam satu kejadian di Jalan Mohd. Sidin di sini.
Wanita berasal dari Taman Klang Jaya ditemukan orang awam dalam keadaan basah
lebih satu kilometer daripada lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam
kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki
mengatakan terdapat seorang wanita telah terjun ke sungai di kawasan tersebut
kira-kira pukul 6.57 petang.
“Bagaimanapun, wanita terbabit ditemukan semula dalam keadaan pakaian basah di
tepi jalan berhampiran kawasan kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sebelum
diserahkan kepada polis.
“Hasil siasatan mendapati, wanita yang masih bujang ingin membunuh diri kerana
mengalami tekanan perasaan.
Join our Telegram Channel