IPOH: ADUN PAS dan PPBM menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Sultan Perak
hari ini untuk menyokong ADUN Kota Tampan daripada Umno, Saarani Mohamad
sebagai menteri besar baru.
Tiga wakil rakyat PAS memasuki Istana Kinta pada 4.23 petang dan keluar
kira-kira 4.45 petang, yang disusuli ADUN PPBM.
PAS mempunyai tiga wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak, iaitu
Pesuruhjaya negeri, Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin
(Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah).
PPBM pula mempunyai lima kerusi, iaitu Chenderiang yang diwakili bekas menteri
besar, Ahmad Faizal Azumu, Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Nolee
Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah), Yunus Jamhari (Kuala Kurau) dan Hasnul
Zulkarnain Abd Munaim (Titi Serong).
“Hari ini, alhamdulillah kita telah pun mendapat satu kata sepakat oleh pucuk
pimpinan kita. Kami di peringkat negeri menzahirkan apa yang diputuskan
presiden.
“SD kita dah tandatangan ikut keputusan (seperti diarahkan), tunggu keluar
berita sebenar.
“Tunggu istana mengesahkan bilangan, kita cuma membawa mandat diputuskan
ketiga-tiga presiden kepada tuanku,” kata Razman kepada wartawan di luar
Istana Kinta.
Setiausaha PPBM Perak, Zainol Fadzi Paharuddin selepas menghadap Sultan Nazrin
Shah berkata, beliau menghantar lima SD yang ditandatangani dirinya, Nolee dan
Yunus, manakala dua lagi ialah ADUN bebas dari Tronoh, Paul Yong Choo Keong
dan ADUN Buntong daripada Gerakan, A Sivasubramaniam.
“Kami membuat keputusan ini berdasarkan persefahaman di peringkat pusat oleh
presiden parti PPBM, UMNO dan PAS. Jadi, itulah keputusan kami sembah
maklumkan kepada tuanku sebentar tadi.”
Ditanya sama ada ADUN Titi Serong turut menyerahkan SD beliau, Zainol Fadzi
berkata, Hasnul sudah menghadap Sultan Nazrin semalam.
Katanya, Faizal pula dijangka menghadap Sultan Perak selepas ini kerana beliau
masih berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
Join our Telegram Channel