KUALA LUMPUR: Pemergian balu Perdana Menteri kedua, Allahyarhamah Tun Rahah
Mohd Noah disifatkan satu kehilangan besar kepada negara.
Ramai pemimpin parti, pentadbiran kerajaan dan pimpinan pembangkang merakamkan
ucapan takziah ke atas pemergian isteri kepada Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan Tun Rahah sebagai
seorang wanita yang cekal, penyayang, baik hati, tabah dan prihatin.
"Tun Rahah adalah ibu saudara saya yang cukup rapat. Banyak masa saya membesar
di bawah penjagaan beliau. Insan ini amat penyayang, prihatin, baik hati dan
tabah.
"Ketika Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Rahah baru berusia 43
tahun. Saya kagum dengan kecekalan beliau membesarkan lima anak lelaki yang
juga sepupu saya sendiri.
"Saya kerap ziarah beliau dalam beberapa bulan ini termasuklah yang terbaru
semalam. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya saya apabila
dimaklumkan beliau telah pergi buat selama-lamanya.
"Apa yang saya rasai ketika ini sama seperti ketika Allahyarhamah bonda saya
(Tun Suhailah Mohd Noah) menghembuskan nafas terakhir enam tahun lalu,"
katanya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau dan keluarga
besar UMNO merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak di atas pemergian bondanya.
"Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah bersama kekasih-Nya dan diberi
sebaik-baik balasan dengan limpahan keredaan.
"Semoga keluarga mantan Perdana Menteri kita diberi kekuatan oleh Allah
menempuh ujian kehilangan insan yang tersayang," katanya.
Ucapan sama turut dirakamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
mendoakan supaya roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Menerima berita duka Tun Rahah, isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua,
Tun Abdul Razak Hussein kembali ke rahmatullah hari ini.
"Takziah saya ucapkan kepada keluarga Datuk Seri Najib Razak. Semoga Allah SWT
mengurniakan rahmat kepada almarhum dan ditempatkan di kalangan orang-orang
yang soleh," katanya.
Sementara itu, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dalam satu kenyataan berkata, beliau turut bersedih dengan pemergian
Tun Rahah.
Bagaimanapun setakat hari ini tiada ucapan takziah dari bekas perdana menteri
Tun Mahathir Mohamad dipetik di mana-mana media.
Bukan setakat ucapan takziah, netizen juga mempersoalkan tiada ucapan maaf
dari Ahli Parlimen Langkawi itu yang telah menggerakkan anggota polis untuk
menggeledah rumah allahyarhamah Tun Rahah sehingga memecahkan siling dengan
tujuan kononnya untuk mencari wang curi yang disorok.
Anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dilihat hanya mendiamkan diri tanpa
membuat sebarang kenyataan tentang pemergian ibunda Datuk Seri Najib Razak.
Netizen rata-rata amat kesal dengan sikap Tun Mahathir dan anaknya yang tidak
menunjukkan sebarang rasa simpati kepada keluarga Datuk Seri Najib. politik
telah benar-benar merosakkan hati mereka, dakwa netizen. – Bharian / Cinca
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel