Akhirnya Najib berjaya ketemu pakcik yang doakan Allahyarham ibunya



PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi rasa gembira selepas bertemu dengan seorang warga emas yang tular di laman sosial ketika menghadiahkan doa untuk bondanya, Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah baru-baru ini.

Najib melalui Facebooknya sebentar tadi turut berterima kasih kepada netizen yang dikatakan telah membantu menjejak individu tersebut.


“Akhirnya, bertemu juga kami. Kuasa media sosial. Terima kasih ‘Jabatan Netizen’ bantu.

“Ada sahabat Facebook saya yang ternampak Rusli Md. Udin berdoa di luar masjid ketika pengurusan dan pengebumian jenazah bonda. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan merahmatinya,” katanya di laman Facebook sebentar tadi.


Terdahulu, satu status di laman sosial Twitter seorang netizen, Azman Hassan menjelaskan warga emas itu datang berjalan kaki dari Kampung Baru ke Masjid Negara dan pernah bekerja di rumah Allahyarham Tun Rahah. – Kosmo




Please subscribe
 

Join our Telegram Channel
Telegram