IPOH: Kedua-dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik
semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Akmal Kamaruddin,
mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta petang
tadi.
Pelantikan ini menyusuli pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan
Sultan Nazrin pagi tadi. PAS sebelum ini memohon ampun baginda kerana
mengarahkan Razman dan dua ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin
selepas dititah.
Keputusan itu diambil selepas Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM,
tersingkir dari jawatan menteri besar menerusi usul percaya yang dibawa UMNO.
Pelantikan dua ADUN PAS sebagai exco melengkapkan jemaah kerajaan negeri bawah
pimpinan Saarani, yang juga ketua UMNO Perak.
Turut dilantik semula Ahmad Saidi Mohamad Daud dari UMNO (Changkat Jering),
dan dua ahli politik PPBM, Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan
Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).
Khamis lalu, lima ADUN mengangkat sumpah jawatan exco iaitu empat daripada
UMNO dan seorang daripada PPBM.
Mereka adalah Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), yang juga bekas
penasihat Faizal; Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr
Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).
Istiadat angkat sumpah disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hisham Hashim.
Dalam pada itu, Saarani berkata, kedudukan portfolio 10 EXCO yang dilantik
akan diketahui selewat-lewatnya Rabu hadapan.
Beliau akan melakukan beberapa perubahan kepada portfolio EXCO berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- Saarani tiba di Istana Iskandariah
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
- Insiden di Perak meningkatkan hubungan UMNO, PPBM, PAS, kata Ahmad Maslan
- Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini
- Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak
- Jangan lupa kami untuk jawatan EXCO, PAS Perak peringat MB baharu
- Sultan tolak lantikan exco Pas punca Hadi minta mengadap?
- PAS Perak mohon ampun kepada Sultan Perak
- Nga sahkan Umno tak nak lantik DAP exco punca PH gagal bentuk kerajaan Perak
- Hadi menghadap Sultan Nazrin hari ini, kata sumber
- Hadi tiba di Istana Kinta menghadap Sultan Perak
Join our Telegram Channel